in

65% Lelaki M’sia Lagi Sanggup Kongsi ‘Password’ Bank Dari Akaun Media Sosial Dengan Kekasih

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepercayaan adalah asas dalam sesuatu hubungan, tapi sejauh mana korang sanggup percayakan pasangan?


Baru-baru ini, sebuah aplikasi dating ‘Sweet Ring’ telah membuat tinjauan terhadap 600 rakyat Malaysia dan 83% dari mereka percaya yang berkongsi maklumat dengan pasangan akan kukuhkan lagi hubungan dan kepercayaan.

Namun begitu, lelaki dan wanita juga percaya yang mereka tak akan kongsikan semua benda dengan pasangan walaupun hubungan mereka stabil dan dah lama.

Viral Kisah Pasangan Kekasih Yang Bertemu Di Twitter Tempuh Perjalanan 48 Km Demi Bertemu

Memetik laporan dari WORLD OF BUZZ, 73% lelaki percaya yang ianya normal untuk kongsikan password telefon bimbit dan lokasi dengan pasangan kerana ia memudahkan mereka untuk berjumpa dan dapat pastikan keselamatan pasangan.

Malah, 65% dari lelaki yang mengikuti tinjauan ini juga sanggup kongsikan password bank mereka sendiri selepas dah lama bercinta dengan pasangan tapi tak mahu kongsikan password akaun media sosial kerana merasakan ia adalah privacy dan hanya untuk diri mereka sahaja.

1625673314 Insta

Bagi wanita yang mengikuti tinjauan ini pula, mereka tak akan kongsikan apa-apa password dengan pasangan melainkan dah jelas yang mereka dalam perhubungan yang serious.

Namun begitu, majoriti dari wanita ini percaya bahawa satu benda yang dorang tak boleh nak kongsi adalah password akaun bank. Oh terbalik pula ya?

Korang rasa kenapa ramai lelaki rasa tak ok kongsi password media sosial dan ramai perempuan tak nak share password akaun bank? 

 

Baca: Tinjauan: Golongan Kayangan Paling Ramai Percaya Mitos Vaksin COVID-19

Screenshot 2022 06 23 At 1.59.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.