in

6 Kafe Ada Live Bands Terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang!

Page 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend dan kesukaan ramai orang terutamanya anak muda zaman kini untuk menjejaki kafe-kafe bagi mencuba keenakan makanan serta minuman yang dihidangkan. Apatah lagi jika ada kafe terbaru yang dibuka, pastu laju sahaja mengorak langkah untuk mencuba!

Lebih menyeronokkan lagi adalah sesetengah kafe yang menyajikan anda bukan sahaja makanan dan minuman tetapi juga hiburan dari live bands yang dijemput. Memang best sambil makan kita layan lagu-lagu yang dinyanyikan!


Kali ini kami kongsikan tempat makan lain dari yang lain buat anda yang gilakan food hunting! Jom cuba 6 Kafe Ada Live Bands Terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ini!

1.  Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Hard 3
sumber: vkeong

Hard Rock Cafe menyediakan masakan Amerika yang segar dan tulen disertakan dengan hiburan live. Malah, jika anda bernasib baik, anda akan dapat menyaksikan artis tempatan membuat persembahan di kafe ini!

Kafe ini adalah tempat yang sempurna untuk makan, minum serta berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan. Apa lagi tunggguuuu!

Alamat: Ground Floor, Wisma Concorde No 2, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

Hard 1
sumber: vkeong
Hard 2
sumber: apple foodees

 

2. The Garage KL

Garage 4
sumber: facebook

The Garage KL adalah sebuah tempat santai untuk melepak bersama keluarga atau rakan-rakan. Mempunyai 15 kedai, kafe dan garaj, pelbagai jenis makanan dijual di sini. Bukan itu sahaja, The Garage turut menyediakan kemudahan surau untuk pelanggan menunaikan solat.

Menariknya, binaan bangunan ini diperbuat daripada kontena yang dicantumkan dan ianya sangat luas serta begitu selesa. Selain daripada jualan makanan, di sini juga terdapat barber shop dan galeri kereta.

Alamat: 841 Jalan Hillview, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor

Garage 2 1
sumber: instagram
Garage 3 1
sumber: instagram

 

3. Treefor Kitchen & Coffee

Tre 2
sumber: instagram

Restoran Treefor Kitchen& Coffee ini terletak di Bandar Baru Selayang. Memang banyak pilihan menu di situ. Bukan makanan western je ada, makanan lokal pun ada tau! Dengan harga yang berbaloi, antara makanan istimewa di sini adalah Nasi Goreng Butter Ayam Panggang.

Alamat: No. 8, Jalan 2/8 Dataran Templer, 68100 Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur

Tre 1
sumber: instagram
Tre 3
sumber: instagram

 

4. RZ 22 Cafe

Rz 1 1
sumber: instagram

Kafe yang berkonsepkan outdoor ini memang menjadi pilihan penduduk di Klang untuk duduk bersantai di hujung minggu. Makanannya juga berpatutan dan sedap. Dari lempeng sampai ke western pun ada. Memang memenuhi selera tekak orang Malaysia.

Alamat: Lot 4844 Jalan Kenangan, Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor 

Rz 2 1
sumber: instagram

Rz 1 E1508135851928

 

5. Cafe Fickles

Fick 2
sumber: instagram

Cafe Fickles ini memang sesuai bagi ahli keluarga yang ingin bersantai. Makanan yang disediakan semuanya ada style yang tersendiri. Uniknya, kafe ini pegang pada falsafah mereka iaitu Come dine with us and we dare you to be fikcles-minded like us!

Alamat: 11, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Fick 3
sumber: instagram
Fick 1
sumber: instagram

 

6. Kafe Quuzy 

Quuzy 5

Menyediakan hidangan makanan Melayu dan Barat, salah satu makanan istimewa yang dihidangkan di sini adalah Salted Egg Chicken. Jika anda mahu enjoy makan malam sambil mendengar live band di sini, jangan lupa datang pada setiap hari Sabtu pada jam 7 hingga 11 malam!

Alamat: G-23, Ground Floor, Block 4, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Quuzy 4
sumber: instagram
Quuzy 3
sumber: instagram

Haa apa lagi, serbu lah ramai-ramai ke kafe hipster ini. Boleh menikmati hidangan-hidangan mereka yang semestinya enak dan berhibur dengan live band di situ! 🙂

Baca: 8 Kafe Aiskrim Unik Di Lembah Klang Anda Perlu Cuba

Ice Cream

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.