Setiap tahun, pelbagai syarikat dan jenama akan mengeluarkan iklan raya bagi mempromosikan produk mereka. Kalau dulu, antara iklan-iklan yang paling dinantikan adalah hasil tangan dari Yasmin Ahmad. Mana taknya iklan dia sampai sekarang pun masih diingati.
Tapi semakin lama, iklan-iklan raya yang dihasilkan setiap tahun semakin bermutu tinggi dan dinanti-nantikan oleh orang ramai. Sama juga macam tahun ni, banyak iklan-iklan raya yang menarik telah dihasilkan tau.
Jom kita tengok iklan-iklan menarik yang dikeluarkan tahun ni!
Artikel berkaitan: Ini 6 Iklan Raya Tahun 2023 Korang Kena Tengok, Best Giler!
Artikel berkaitan: “Ada sedih, happy dan geli hati” – 6 Iklan Raya Tahun Ni Yang Korang Confirm Kena Tengok, Semua Best Belaka!
1. Lembaran Baharu – RHB
Tahun ini, iklan raya dari RHB telah menjadi sebutan ramai tau. Mana tidaknya, iklan yang berkonsepkan filem pendek ini diinspirasikan dari kisah benar tau.
Ia mengisahkan tentang seorang peguam yang telah membantu seorang wanita yang ditangkap dan didakwa kerana mencuri kotak pensil untuk anaknya. Cara peguam ini yang bersungguh-sungguh membela wanita tersebut telah memberikan inspirasi kepada anak wanita tersebut untuk mengikuti jejak langkah lelaki itu menjadi peguam.
2. Minyak Maaf – SAJI
Setiap tahun iklan dari SAJI memang tak pernah mengecewakan! Tahun ini, SAJI telah menampilkan pelakon-pelakon hebat untuk bergandingan dalam iklan raya yang bergenre komedi ini.
Ia menunjukkan macam mana orang-orang kampung telah “naik minyak” kerana sifat Abdul yang gemar membuat ramai orang marah. Eh korang tengok je lah iklan ni, confirm berdekah!
3. Dimensi Raya Paling Unik – Watson
Sesuai dengan tajuknya, iklan tahun ini dari Watson menampilkan Ayda (Ayda Jebat) yang bosan dengan perayaan Aidilfitri yang sama disambut oleh keluarganya setiap tahun. Disebabkan ini, Ayda telah diberikan pilihan untuk memilih raya bersama keluarganya di dimensi-dimensi lain.
Iklan raya ini memang sangat kelakar dan unik kerana ia turut memaparkan konsep sci-fi tau! Selain itu, ia turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Nadhir Nasar, Sabri Yunus, Angeline Tan dan ramai lagi.
4. Sama-Sama Melangkah – MR. DIY
Iklan raya dari MR. DIY tahun ini telah mendapat tontonan yang banyak iaitu sebanyak 6.3 juta. Cerita yang mempunyai tema menyentuh hati ni memang mudah untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Iklan ini mengisahkan tentang Rahmat yang terpaksa menghantar ibunya di rumah penjagaan orang tua walaupun berat hati. Rahmat kemudiannya dilihat telah bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan lebih untuk ambil semula ibunya. Kalau korang nak tahu kenapa dia letakkan ibunya dekat sana, tengok iklannya dekat bawah ni. Mesti meleleh…
5. Suami Mithali – Taylor’s University
Macam yang korang tahu, topik tentang peranan suami dan isteri sentiasa menjadi subjek perdebatan orang sekeliling.
Untuk iklan dari Taylor’s University ni, mereka telah menggunakan isu tersebut sebagai tema utama cerita yang ingin disampaikan.
Ceritanya mengisahkan tentang orang bercakap mengenai keluarga Fauzan yang dilihat tak sama macam yang lain. Ini kerana, Fauzan dilihat telah mengambil alih semua kerja-kerja rumah seperti memasak dan menjaga anak manakala isterinya Lyla keluar bekerja.
Perkara ini telah menimbulkan cakap belakang oleh orang lain tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
6. Siri ‘Bukalah Hati’ – CelcomDigi
Iklan CelcomDigi tahun ini pula menampilkan tiga iklan dari tiga pengarah berbeza menggunakan tema yang sama iaitu ‘Bukalah Hati’. Pengarah-pengarah tersebut adalah Fabian Loo, Bebbra Mailin dan Haran Kaveri.
Melalui tema ini, pengarah-pengarah muda ini menceritakan kisah mereka mengenai penerimaan, kemaafan dan pengorbanan dalam bentuk filem pendek tentang makna sebenar Ramadan dan Hari Raya.
Lebih menarik lagi, siri ini turut menonjolkan kepelbagaian dengan menggunakan pelakon dari pelbagai bilangan bangsa. Jom tengok!