Siapa yang tak suka bercuti kan? Setiap orang pasti ada niat untuk bercuti di tempat pilihan masing-masing. Namun kadang kala, selain kekangan masa, perbelanjaan yang terhad membuatkan niat tidak kesampaian kerana memikirkan kos yang perlu dibelanja. Lebih-lebih lagi harga bilik yang mahal.
Selain Bali, Lombok adalah satu desitinasi yang popular di Indonesia. Lombok sentiasa dibanjiri pelancong dari serata dunia untuk bercuti. Jangan risau, kali ini kami kongsikan 6 hotel dibawah harga RM80 yang anda boleh pilih di Lombok untuk percutian selepas ini!
Tak percaya ke? 😀 Baca lah duluuu…
1. Beach Box Bungalow
Terletak di Gili Trawangan, hanya 100 meter dari Turtle Conservation Gili Trawangan, 600 meter dari Gili Trawangan Art Market dan Gili Trawangan Harbour. Selain wifi percuma, tetamu juga diberi parkir percuma dan perkhidmatan sewa basikal atau kereta boleh didapatkan di sini.
Alamat: Nusa Tenggara Bar., Gili Indah, Pemenang, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Bar. 83352 Indonesia
Harga: Semurah RM80
2. Fantastic Gili Hostel
Bukan seperti hotel lain, hotel ini seperti suasana kampung dengan rumah yang diperbuat daripada buluh dan mempunyai atap nipah. Mudah untuk ke mana-mana kerana boleh dikatakan semua kawasan berdekatan sahaja dan anda boleh jumpa mesin ATM di hotel ini!
Alamat: Desa Gili Indah Kecamatan Gili Air, West Nusa Tenggara 83352 Indonesia
Harga: Semurah RM39
3. Gili Meno Eco Hostel
Sesuai untuk yang lasak dan sukakan adventure kerana di sini ia lebih kepada konsep outdoor. Gili Meno Eco Hostel ini terletak berhadapan dengan laut dan anda boleh chill sambil tengok matahari terbit atau terbenam.
Alamat: Nusa Tenggara Bar., Gili Indah, Pemenang, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Bar. 83352, Indonesia
Harga: Semurah RM58
[sociallocker id=1666]
4. Yahuuut Village
Hanya 5 minit dari Pantai Gili Air, Yahuuut Village sesuai untuk mereka yang sukakan kehijauan kerana daun dan pokok-pokok memenuhi seluruh kawasan. Anda boleh nikmati sarapan di dalam bilik dan basikal boleh di sewa di sini selain peti ais disediakan di dalam setiap bilik.
Alamat: Gili Air, West Nusa Tenggara 83352 Indonesia
Harga: Semurah RM66
5. Airy Mataram Cakranegara Sriwijaya 80 Lombok
Hotel ini agak baru daripada yang lain dan lokasinya strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Mataram Mall. Masuk sahaja hotel ini, anda pasti sudah dapat merasakan suasananya yang selesa dan lebih privasi.
Alamat: Jl Sriwijaya 80 Gili Meno Mataram 83121 Indonesia
Harga: Semurah RM78
[/sociallocker]
6. Gading Guest House
Terletak di Mataram, hotel ini berdekatan dengan Mataram Mall, Pura Meru, Mayura Temple and Park. Walaupun hanya hotel 1 bintang, tetapi hotel ini sesuai sama ada untuk percutian bersama keluarga dan kawan-kawan atau business trip kerana bilik mesyuarat turut disediakan.
Alamat: Jalan Pariwisata 39A Mataram Lombok 83121
Harga: Semurah RM80
Sekarang dah percaya kan? Apa tunggu lagi, dah boleh rancang percutian seterusnya!