Siapa dekat sini peminat fries? Fries yang kita selalu beli di kedai atau beli yang frozen tu biasanya tabur garam je kan? Lepas tu cicah dengan sos atau pun mayo. Yum! Simple macam tu pun dah sedap!
Tapi apa kata sekali sekala kita cuba fries yang lain sikit. Bukan sekadar letak garam tapi ada fusion yang masih kena dengan tekak orang Malaysia. So, kami senaraikan 6 fries yang UNIK dan SEDAP GILA korang kena try dekat area Klang Valley.
1. KGB – Killer Gourmet Burgers
Kalau tengok menu KGB ni, meleleh air liur beb! Semuanya memang makanan western la kat sini. Puas makan kat sini. Dorang jugak ada jual Specialty Fries dengan empat pilihan yang korang wajib try! Ni memang lain dari yang lain lah ni. Unik habis! Dia ada Truffle’d Fries, Kimchi Fries yang dalam dia ada daging, Kimchi Fries Fully Loaded dan Texas Jalapeno Cheese Fries. Siapa peminat kimchi boleh try dan yang sukakan pedas boleh pilih yang keempat tu. Best! Oh ye, dorang ada jugak jual sweet potato fries. Boleh lah cuba nanti.
Sumber: thatothergreasyvegan
Sumber: kgb.killer.gourmet.burgers
Lokasi: 232-B LG, The Gardens Mall, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi – 10 malam
2. Fuel Shack
Fuel Shack ni ada banyak outlet kat Klang Valley. Korang boleh je tuju kat mana-mana cawangan dia yang terdekat dengan korang. Walaupun specialty dorang ialah burger yang gemuk-gemuk saiznya dan puas makan, dorang juga ada satu menu fries yang lain sikit kena dengan style keseluruhan menu kedai dorang. Cheese fries kat sini dia letak cheese yang cukup amount dia. So, korang boleh enjoy makan tanpa rasa muak pun. Puas makan ni!
Sumber: HungryGoWhere
Lokasi: Cawangan Fuel Shack
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam
3. 4Fingers Crispy Chicken Malaysia
Siapa peminat ayam memang gerenti lah tau kedai 4Fingers. Specialty dorang ialah ayam yang rangup dengan dua perisa yang berbeza. Terbaik! Tapi dorang juga ada jual fries yang turut jadi kegilaan orang ramai. Kenapa? Sebab fries dorang rangup dan tak lembik macam yang ada kat kedai biasa. Skinny fries yang dijual dekat sini ada dua flavours iaitu seaweed dan kimchi. Yang seawood tak ada bau atau rasa hanyir pun dan yang kimchi pulak ada rasa masam-masam.
Lokasi: LG-074A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam
4. Mikey’s New York Pizza
Sumber: Yelp
Nama pun Mikeys New York PIZZA kan. Mestilah specialty dorang ialah masakan Itali tu. Tapi, rileks dulu, teruskan baca sebab dekat kedai makan ni pun ada jual fries yang lain dari yang lain. Kat sini dia jual Waffle Fries and ada lima pilihan sos. Korang nak atas waffle fries tu letak apa? Pilihan dia ialah letak spicy sauce and beef gravy, spicy bolognaise with shredded mozarella, cheddar with rich beef gravy, buffalo sauce dengan homemade ranch dressing dan last sekali ada letak sliced steak, caramelized onions, cheddar dan ranch dressing. Yum!!!!
Lokasi: 17, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11.30 pagi – 11 malam
5. PoP’s Eatery
PoP’s Eatery ni best nak dikunjungi dengan yang tersayang. Tempat dia selesa dan dorang sediakan macam-macam makanan termasuklah spageti pelbagai masakan. Selain tu, dorang ada jual fries yang atasnya diletak cheese sauce. Dorang memang tak lokek eh letak cheese tu. Makan lah sampai puas! Selain tu, dorang pun bagi pilihan kat korang, boleh tambah beef bolognese atau salted egg yolk kat fries korang tu! Meleleh air liur aku!
Sumber: Instagram
Lokasi: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi – 10 malam
6. AMPM Cafe
Sumber: Pinterest
Kafe AMPM ni memang best environment dia. Tenang je, sesuai nak pergi kalau korang nak buat kerja ke apa sebab kedai dia siap ada WiFi dan plug untuk korang sambungkan charger laptop korang. Sambil-sambil tu boleh cuba fries kat kedai ni. Tapi fries dorang bukan dari kentang biasa tapi dari ubi keledek. Sedap! Lepas tu kelainan dia sebab ada pilihan cicahan seperti salted egg, sour cream and onion dan AMPM Secret Dip.
Lokasi: 11A, Jalan USJ 21/5, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 10.45 malam (Tutup pada setiap hari Isnin)
Meleleh weh air liur tengok hidangan fries kat kedai-kedai ni. Kreatif dorang ni sebab boleh fikirkan kelainan hanya dengan fries ni je. Mana orang tak serbu kedai dorang kan? So, nanti korang jangan lupa pergi try. Rugi kalau tak cuba rasa kelazatan fries ni!
Baca: Korang Takkan Menyesal Punya Kalau Try 8 Gerai Sate Sedap Area KL Ni!