Korang Takkan Menyesal Punya Kalau Try 8 Gerai Sate Sedap Area KL Ni!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau musim raya je mesti korang boleh jumpa juadah ni boleh kata kat almost semua rumahlah. Sebut je sate, memang bau dia boleh buat mengidam. Sate ni memang hidangan popular kat Malaysia bukan je dalam kalangan orang Melayu, tapi jadi kegemaran kaum lain jugak. Ramai yang suka makan sate tapi tak tahu kat mana nak makan sate sedap. Ni ada senarai gerai sate sedap yang korang boleh cuba area KL.

 

1. Pak Din Satay

Pak Din Satay ni dekat Jalan Gombak je. Kedai dibuka jam 6 petang hingga 11:30 malam tapi tutup dua minggu sekali pada hari Ahad. Walaupun kedai tepi jalan je tapi sate dia memang puas hati kalau makan, daging lembut, kuah kacang pun sedap. Kalau korang nak buat tempahan untuk majlis pun boleh order kat kedai ni. Even kalau nak mintak bakar sate kat rumah time majlis pun boleh kalau tempahan tu mencecah 1000 cucuk.

Alamat: 121, Jalan Gombak, Gombak Setia, 53000 Kuala Lumpur, Selangor

Sumber: Vkeong
Sumber: Vkeong

 

2. Sate Zainah Ismail

Sate kat sini special sebab ada jual sate ayam, sate daging, sate hati ayam dan sate perut lembu. Haaa pernah dengar sate perut lembu? Boleh la datang sini kalau korang nak cuba macam mana rasa sate perut lembu tu. Gerai ni terletak kat Jalan Keramat dekat dengan Stesen Minyak Esso dan Stesen Minyak LRT Damai. So sesiapa yang tak tahu drive ataupun takde lesen boleh la naik LRT sampai stesen Damai.

Alamat: 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Sumber: Vkeong
Sumber: Vkeong

 

3. Satay Station

Satay Station ni ada beberapa cawangan seperti Bandar Tun Razak, Shah Alam Seksyen 9, Kampung Baru dan Setiawangsa. Selain sate ayam dan daging, ada jugak sate hati bercampur pedal dan jantung tau! Hidang dengan kuah kacang, fuh memang boleh meleleh air liur! Orang kata sate kat sini saiz besar, sebab tu ramai yang datang. Satay Station ni pun ada sediakan pakej perkahwinan kalau nak order, tapi untuk cawangan tertentu je.

Alamat: 1, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor (Alamat untuk cawangan dalam gambar)

Sumber: Saji
Sumber: Saji

 

4. Hj. Senin Sate

Gerai sate ni dekat Jalan SJ3, Batu Caves je. So siapa yang dekat-dekat tu boleh la singgah sini try kalau nak tahu sedap ke tak sate kat sini. Kalau nak sate saiz besar, kat sinilah tempatnya. Kuah kacang kat sini pun boleh tahan sedapnya. Selain ada sate ayam, sate daging dan sate perut, sini ada sate kambing jugak! Siapa peminat kambing tu memang kena cuba sate kambing kat sini.

Alamat: Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor

Sumber: Saji
Sumber: Saji

 

5. Satay Zaini

Satay Zaini ni pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) dan pernah dapat pujian daripada chef terkenal kat Malaysia ni, Chef Wan. Sate ni diasaskan Haji Zaini Ismail dan isterinya, Harinson Ahmad sejak tahun 80-an lagi. Resepi yang diguna pun memang resipi special turun temurun. Kat sini ada sate ayam, sate daging, sate kambing, dan sate perut, hidang dengan nasi impit dan kuah kacang. Uish sedapnya!

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sumber: Blog
Sumber: Blog

 

6. Kamaruddin Satay

Terletak di 213 Jalan Tuanku Abdul Rahman, gerai sate ni hanya 10 minit perjalanan daripada Stesen Rapid KL LRT. Kat sini hidang sate asas macam sate ayam dan sate daging, pekena pulak dengan nasi impit dan kuah kacang, fuuuhh! Apa yang menarik kat sini, resipi yang diguna tu adalah resipi masyarakat Jawa sejak turun temurun dan katanya gerai ni mampu jual hampir 2000 cucuk sate dalam masa 3 jam je. Memang power!

Alamat: 213 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook 

 

7. Warong Aji-Don Alley

Warong Aji-Don Alley ni terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas. Sate ayam dan daging kat sini bukan je jadi pilihan masyarakat dalam negara tapi berjaya tarik pelanggan luar negara jugak tau! Siap ada kat TripAdvisor lagi. Bagi yang pernah datang, sate kat sini katanya boleh tahan sedap dan memang puas hati dengan layanan yang diberi. Selain sate, Aji-Don ni pun famous dengan tauhu bakar, popia dan mi rebus.

Alamat: Sri Hartamas Plaza Damas, No.60 Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur

Sumber: Blog
Sumber: Food Advisor

 

8. Satay Sri Melaka

Gerai ni terletak di Taman Lembah Keramat dan buka bermula jam 5 petang sampai 1 pagi. Sesiapa yang nak cuba tu boleh la datang sini tapi jangan datang hari Ahad tau, sebab gerai ni memang tutup setiap hari Ahad. Daging dia lembut, memang takkan mengecewakan. Rasa sekali pasti nak lagi!

Alamat: Medan Selera AU5, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Sumber: Vkeong
Sumber: Vkeong

Meleleh air liur tengok satay-satay ni!

Baca: 7 Mee Celup Terbaik di Sekitar Lembah Klang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.