in

6 Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Zaman, Gerenti Ada Yang Korang Tak Tengok Lagi!

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahulah kenapa bila siaran TV tayangkan filem Bollywood mesti cerita yang sama je dikeluarkan setiap kali, sampaikan susahlah nak cari orang yang belum tengok filem-filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Mann, Mohabbatein atau Khabie Khusi Khabie Gham.


Bukan nak cakap filem-filem yang disebut dekat atas ni tak best, tapi kalau korang memang suka tengok cerita Bollywood, banyak lagi filem-filemnya yang korang mungkin belum berkesempatan nak tengok.

Filem-filem dorang pun memang sangat banyak, jadi dekat bawah ni disenaraikan beberapa filem Bollywood terbaik sepanjang zaman yang korang wajib tengok. Gerenti ada filem dalam list ni yang korang belum tengok!

1. Mother India (1957)

Filem drama epik ini memfokuskan kepada seorang wanita miskin yang dipaksa untuk menjaga dua anak lelakinya sambil menerima ugutan dari pengutip hutang selepas suaminya meninggalkan keluarganya dalam keadaan melarat.

Ketika filem ini dibuat, Mother India merupakan salah satu filem Hindi termahal pernah dibuat dan dianggap sebagai salah satu filem terbaik dalam sejarah Bollywood.

2. The Lunchbox (2013)

Filem The Lunchbox ni adalah salah satu filem menyentuh perasaan. Ia bukan seperti filem tipikal Bollywood yang kita sering tengok disertakan dengan nyanyian dan tarian. Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ila yang cuba untuk semarakkan kembali perkahwinannya dengan menyediakan bekal makanan tengahari istimewa untuk suaminya. Namun rancangannya ini tak berjaya dibuat apabila ia telah dihantar kepada seorang duda anti sosial.

Apabila suaminya tidak bercakap tentang bekal istimewa yang dia hantar selepas pulang bekerja, Ila telah meninggalkan nota untuk bekal seterusnya yang turut diterima oleh duda tersebut sebelum mereka sering berutus surat. Lakonan Irrfan Khan dalam filem ni memang terbaik. Filem ni personal favourite min tau! 

3. Lagaan (2001)

Filem Lagaan ini mengisahkan bagaimana orang kampung di India yang marah apabila British menaikkan kadar cukai yang tak pernah berlaku sebelum ini. Orang-orang kampung kemudiannya telah membuat perlawanan kriket menentang askar British bagi memenangi hak untuk membayar cukai tersebut.

Filem lakonan Aamir Khan ini juga turut mendapat pencalonan Oscar tau!

4. Blackmail

Filem black comedy lakonan pelakon hebat Irrfan Khan ini mengisahkan tentang seorang lelaki berusia lewat 30-an, Dev Kaushal yang stuck dengan kerjayanya dan perkahwinannya yang hambar. Cuba untuk menyelamatkan perkahwinan, dia telah pulang awal untuk surprise kan isterinya namun terjumpa wanita ini di atas katil bersama lelaki lain. Untuk membalas dendam, Dev telah mula mengugut isteri dan kekasihnya itu.

5. Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995)

Filem klasik lakonan pasangan Bollywood pujaan ramai Shah Rukh Khan dan Kajol ini dianggap sebagai golden standard bagi filem bertemakan komedi romantik di Bollywood.

Ia mengisahkan tentang seorang lelaki tak matang jatuh cinta dengan seorang wanita yang telah pun ditetapkan jodoh oleh keluarganya ketika backpacking mengelilingi Eropah.

Kalau korang nak tahu, disebabkan filem ini terlalu popular, ia telah ditayangkan di pawagam Maratha Mandir di Mumbai setiap hari tanpa henti dari hari filem ini keluar sehingga hari ini tau! Dahsyat!

6. Bombay (1995)

Filem ini mengangkat salah satu tempoh paling gelap dalam sejarah kontemporari India iaitu rusuhan Bombay 1992 dan 1993.

Ia merupakan kisah cinta tentang pasangan kekasih dari agama berbeza yang melarikan diri ke Bombay untuk mendirikan rumah tangga.

Filem ini sangat kontroversi sehingga apabila ditayangkan pada tahun 1995, rumah pengarah Mani Ratnam telah dibom oleh pelampau.

Filem mana yang korang excited nak tengok dulu?

 

Baca: “Asyik Kuch Kuch Hota Hai je” – 5 Filem Hindustan Korang Boleh ‘Binge’ Di Netflix Deepavali Ni!

Collage 50 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.