Di bumi yang besar dan luas ini, ada banyak benda-benda menarik berlaku di sekeliling korang yang mungkin korang tak perasan atau pun ia berlaku di luar negara.
Jadi dekat bawah ni adalah beberapa fakta ringkas yang menarik, mempesonakan dan kelakar tentang dunia yang confirm buat korang wow gitu!
50 Fakta Menarik Di Dunia Ni Akan Buat Korang Ternganga!
1. Buku saintis yang berjaya menemukan elemen radioaktif, Marie Curie masih mengandungi radioaktif. Kalau ada pengkaji yang nak kaji buku-bukunya, dorang perlu tandatangan dokumen penepian terlebih dahulu.
2. Korang tahu tak, sebenarnya kehidupan yang terbentuk di atas kulit korang lagi banyak dari orang dalam planet bumi.
3. Memerang tidur sambil pegang tangan sebab takut hanyut jauh. Comelnyaaaa
4. Artis terkenal Leornardo da Vinci boleh menulis dengan satu tangan dan melukis dengan tangan lagi satu pada masa yang sama!
5. Orang terakhir yang berjalan di atas bulan, Gene Cernan janji untuk tulis inisial nama anaknya di atas bulan. Dia buat, dan inisial “TDC” mungkin akan kekal di bulan untuk berpuluh-puluh ribu tahun lagi.
6. Menurut kajian, 20% daripada cawan kopi dekat pejabat mengandungi najis disebabkan oleh cara pembersihannya. Ewww
7. Tiga keluarga paling kaya di dunia ada lagi banyak aset dari kekayaan gabungan 48 negara termiskin.
8. Ada sebanyak 200 mayat di atas Gunung Everest dan ia digunakan sebagai petunjuk arah untuk pendaki.
9. Jika inflasi diambil kira, John D. Rockefeller adalah lelaki paling kaya dalam sejarah dunia dengan jumlah harta 10 kali ganda lagi banyak dari Bill Gates.
10. Seorang manusia akan makan lebih kurang 70 jenis serangga dan 10 labah-labah ketika tidur.
11. Bila singa jantan ambil alih satu kumpulan, ia akan membunuh kesemua anak-anak singa dalam kumpulan tersebut.
12. Dua per tiga dari orang yang hidup di bumi tak pernah tengok salji.
13. Di Amerika Syarikat, rumah kosong lagi banyak dari gelandangan.
14. Kalau korang cuba tahan bersin, korang boleh pecahkan saluran darah di kepala atau leher dan mati.
15. Jerung boleh kesan satu bahagian darah di 100 juta bahagian air.
16. 95 peratus daripada badan obor-obor adalah air.
17. Korang sebenarnya 1% lebih rendah di petang hari berbanding bila korang bangun pagi.
18. Mulut badak air boleh dibuka luas sehingga memuatkan kanak-kanak berukuran 4 kaki.
19. Seorang lelaki bernama Charles Osborne telah mengalami sedu selama 69 tahun tanpa henti.
20. Lipas yang kepalanya dipotong boleh hidup selama beberapa minggu.
21. 15 peratus udara yang korang hidu di stesen keretapi merupakan kulit manusia.
23. Lidah merupakan otot terkuat dalam badan manusia.
24. Lelaki enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita.
25. Udang galah beku boleh hidup semula selepas dicairkan.
26. Komik Donald Duck telah diharamkan di Finland kerana karakternya tak pakai seluar.
27. Peluang korang untuk mati masa nak beli tiket judi lagi tinggi dari peluang korang untuk menang.
28. Saiz mata tak berubah dari lahir tapi telinga dan hidung tak pernah berhenti membesar.
29. Pada tahun 1926, seorang peneroka Artik, Peter Freuchen pernah terperangkap di bawah runtuhan salji. Dia berjaya selamatkan diri selepas buat pisau menggunakan najisnya sendiri dan potong kakinya.
30. Tilam korang akan jadi berat dua kali ganda lepas 10 tahun disebabkan pengumpulan hama habuk dan najis hama.
31. Hanya Amerika Syarikat, Burma dan Liberia yang masih belum mengamalkan sistem metrik secara rasmi untuk mengukur.
32. Doktor yang mendakwa terdapat hubungan di antara autisme vaksin telah membuat penipuan data dalam kajiannya sehingga dia hilang lesen perubatan.
33. Menurut statistik, pergi ke pejabat adalah tiga kali ganda lebih berbahaya dari berperang.
34. Pada tahun 1936, seekor babi telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di hadapan orang ramai kerana membunuh seorang kanak-kanak.
35. Kalau korang bersin terlalu kuat, korang boleh patahkan tulang rusuk.
36. Selama bertahun-tahun, sebuah syarikat farmasi Bayer telah memegang trademark “heroin” dan menjual dadah tersebut sebagai ubat batuk dan sakit kepala.
37. Beruang kutub yang cuba untuk sembunyikan diri di dalam salji akan tutup hidung dorang dengan tapak tangannya. Comellll
38. Sekurang-kurangnya 2,500 orang kidal mati dalam setahun kerana menggunakan alatan yang dibuat untuk orang tangan kanan.
39. Kalau korang mula kumpul duit korang sebanyak 1 sen dan gandakan jumlah tersebut setiap hari, korang akan ambil masa 27 hari untuk jadi jutawan.
40. Cacing pita terbesar pernah ditemui dalam badan manusia berukuran 35 meter panjang.
41. Buih yang dibuat oleh Paus Biru bila kentut boleh menutup seekor kuda.
42. Hanya 1 daripada dua bilion orang akan hidup sehingga 116 tahun atau lebih tua.
43. Sel kulit mati adalah bahan utama yang membentuk habuk di dalam rumah.
45. Sudan ada lagi banyak piramid dari mana-mana negara di dalam dunia.
46. McDonald’s pernah buat gula-gula getah berperisa brokoli untuk menggalakkan kanak-kanak makan makanan sihat tapi tak dapat sambutan.
47. Kulit tenggiling kalis peluru. Malah seorang lelaki pernah masuk hospital lepas peluru yang dia guna untuk tembak tenggiling melantun semula dan terkena rahangnya.
48. Lebah boleh terbang lebih tinggi dari 29,525 kaki di atas paras laut, iaitu lebih tinggi dari Gunung Everest!
49. Ketika zaman purba di Mesir, orang-orang di sana gunakan bangkai tikus untuk kurangkan sakit gigi.
50. Mustahil untuk korang buat bunyi berdengung sambil tutup hidung. Cuba try test!
Baca: Karam 111 Tahun Lalu, Ini 8 Fakta Tentang Titanic Korang Mungkin Tak Tahu