Cinta tak boleh dipaksa….
Baru-baru ini, tular video di media sosial menunjukkan seorang wanita dari China dilihat sanggup berlutut dan bersujud di depan seorang lelaki.
Dalam video tersebut, dapat dilihat juga di sebelah pasangan ini ada sejambak bunga terbiar di atas lantai. Dapat dilihat gaya wanita tersebut yang merayu sambil berulang kali bersujud kepada lelaki tersebut.
Menurut Mothership, saksi di tempat kejadian mengatakan yang lelaki tersebut telah mengejar wanita tersebut selama lima tahun dan sering menyatakan rasa cintanya kepada wanita itu.
Namun, lelaki ini dikatakan tak pernah putus asa dan tak menghiraukan walaupun berkali kali direject.
Akhirnya selepas tak tahan sering diekori dan diganggu, wanita ini kemudiannya merayu kepada lelaki tersebut untuk berputus asa.
Laporan dari berita di China juga mengatakan yang wanita itu turut menjerit meminta lelaki itu melepaskannya.
Tolonglah lepaskan aku!!!”
Bagaimanapun, respon lelaki itu tak ditunjukkan melalui video yang tular tersebut dan tak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut telah berhenti mengejarnya atau pun tidak.
Beberapa netizen di sana telah memberikan pelbagai reaksi mengenai video ini, ada yang mengatakan lelaki ini patut menghormati permintaan wanita tersebut dan tak ganggunya lagi namun ada juga yang rasa wanita itu patut beri peluang kepada lelaki tersebut.
Korang rasa macam mana? Kalau dah sampai melutut depan public macam ni, memang betul-betul tak tahan dah.
Baca: Wanita ‘Crash’ Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Pakai Gaun Pengantin Sambil Merayu Minta Maaf