5 Spot Baek Sekitar Putrajaya-Cyberjaya yang Instagrammable, Nombor 3 Memang Wajib Singgah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Putrajaya merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 25km selatan dari Kuala Lumpur. Bandar yang menjadi pusat pentadbiran negara ini mempunyai banyak hidden spot yang sesuai untuk korang yang kaki selfie atau suka pemandangan yang menarik dan lain dari lain.

Kali ni kami nak share 5 Spot Baek Sekitar Putrajaya-Cyberjaya yang Instagrammable untuk korang singgah.

1. Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya

Jambatan unik yang sepanjang 430 meter ini terletak di atas tasik buatan Putrajaya. Bentuk yang unik ditambah dengan cahaya lampu berwarna pada waktu malam, memang sesuai untuk korang yang suka bergambar tu. Lagi banyak likes boleh dapat!

Sumber: Instagram @gareth.hayman

2. Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Taman Saujana Hijau merupakan sebuah kawasan lanskap yang berkeluasan 40 hektar terletak di Presint 11, Putrajaya. Ada tiga taman yang korang boleh explore bila datang sini. Ada European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Haa.. kalau nak tahu macam mana rupa bentuk dia, kena datang lah! 

Sumber: Instagram @nrl.atikah

3. Astaka Morocco, Putrajaya

Astaka Morocco merupakan sebuah taman berciri Kesenian Islam yang terletak di Putrajaya. Sesuai dengan namanya, motif dan ukiran pada dinding banyak berunsurkan dari negara Morocco. Buat korang yang tak dapat nak melancong ke Morocco, datang sini pun kira close enough dah. Oh ya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pun pernah shooting video klip dekat sini tau.

Sumber: Instagram @rklopperr

Klik SINI untuk menonton video klip Galau – Dato’ Siti Nurhaliza

4.Tamarind Square, Cyberjaya

Buat korang yang nak shooting ala-ala ‘bandar dalam hutan’, bolehlah singgah ke Tamarind Square, Cyberjaya. Buat mereka yang kaki buku, bolehlah singgah ke BookXcess yang terletak dalam kompleks yang sama. Ada satu band local tempatan pun pernah ada buat video klip kat sini.

Sumber: Instagram @ariffromeo

Klik SINI untuk menonton video klip Untuk Dia – LOKO

5. Masjid Putra, Putrajaya

Mercu utama Putrajaya dan menjadi ikon setiap kali ke Putrajaya. Kalau korang datang Putrajaya tak singgah sini Masjid Putra ni memang tak sah lah. Masjid yang dikelilingi tasik ini memang sesuai untuk korang yang kaki gambar.

Banyak angle yang cantik dekat dalam dan luar masjid. Korang memang kena explore sendiri.

Sumber: Instagram @purplrpinkp

Haa.. apa lagi. Cepat keluar rumah, gerak ke tempat yang kami suggest ni. Confirm berbaloi, tak menyesal. 

 

Baca: Gadis Bengang Kena Tahan Dengan Guard Masjid Putrajaya, Tapi… 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.