in

5 Sebab Kenapa Syarikat Dengan Bos Wanita Lebih ‘Perform’ Berbanding Bos Lelaki

Untitled Design 2022 03 08T113931.041

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Era moden ini, kita dapat lihat ramai wanita yang berkerjaya dan memiliki perniagaan sendiri. Walaupun dalam dunia korporat bos lelaki lebih ramai daripada wanita, terdapat beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi pemimpin yang lebih baik.

Dalam sebuah kajian oleh Chris Bart, profesor pengurusan strategik di DeGroote School of Business di McMaster University, wanita sebenarnya menjalankan perniagaan yang berprestasi lebih baik daripada lelaki.


Ini antara lima sebab kenapa bos perempuan lebih ‘perform’ daripada bos lelaki;

#1 Lebih pandai berkomunikasi

Wanita adalah pendengar yang lebih baik daripada lelaki, dan ini adalah kemahiran yang paling penting untuk menguruskan pekerja dan pelanggan. Ini adalah kerana wanita lebih berorientasikan perbincangan dan lelaki lebih kepada mengambil tindakan.

Lelaki berkomunikasi melalui perbuatan dan bukannya perbualan, gitu!

#2 Wanita mempunya ‘daya tahan’ yang lebih tinggi

Sebuah kajian mendapati, wanita mampu mengatasi lelaki ketika stuck dalam situasi yang tertekan dan apabila keadaan menjadi sukar, wanita lebih cenderung untuk bertahan dan menyelesaikan masalah dengan lebih pantas.

#3 Mempunyai etika lebih tinggi dalam perniagaan

Untitled Design 2022 03 08T112926.781

Dalam kajian Chris Bart, didapati bahawa wanita yang menguruskan sesebuah perniagaan, mengakui dan mempertimbangkan hak orang lain dengan lebih adil dan lebih konsisten dalam hal yang memerlukan decision making.

#4 Lebih penyabar

Dalam sebuah survey yang dijalankan oleh myHermes, wanita lebih penyabar berbanding lelaki dan mereka tidak membuat keputusan terburu-buru atau tergesa-gesa dalam menjalankan tugas.

Wanita melihat kejayaan dalam langkah-langkah kecil yang membawa kepada objektif utama yang besar, dan bukannya fokus pada matlamat yang besar itu sendiri. Setiap langkah sederhana ini patut diraikan, kerana tanpanya, anda tidak akan sampai ke matlamat akhir, betul tak?

#5 Wanita pentingkan keseimbangan kerja

Seorang bos wanita boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih santai dan fleksibel di tempat kerja.

Untitled Design 2022 03 08T113127.725

Mereka juga memahami detik-detik yang anda tidak boleh terlepas sebagai ibu bapa, sama ada lawatan doktor untuk anak anda yang sakit atau majlis anugerah pada penghujung tahun persekolahan.

Pekerja juga akan menghargai perkara tersebut dan akan lebih produktif apabila bekerja.

Itulah beberapa kelebihan yang menunjukkan wanita ini bukan calang-calang, boleh jadi ibu boleh juga jadi bos!

Selamat Hari Wanita Semua! 

Baca: Wanita Beri Ganjaran RM7,520 Pada Anak Lepas 6 Tahun Tak Guna Media Sosial

Untitled Design 2022 03 08T112256.658

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.