in

5 Pesakit Covid-19 Yang Dah Sembuh Dari Sabah Disahkan Positif

Positif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

5 pesakit yang sebelum ini dikatakan telah sembuh daripada wabak Covid-19 telah kembali positif ketika menjalani pemeriksaan susulan.


Kelima-lima pesakit yang berasal dari Sandakan dan Kinabatangan Sabah itu, dilaporkan positif untuk Covid-19 sekali lagi.

Ini berlaku setelah laporan dari Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan bahawa 19 pesakit di Sandakan dan 16 di Kinabatangan telah sembuh. Tetapi jumlahnya dengan cepat disemak semula dua hari kemudiannya.

Lapor The Star, Datuk Dr Christina Rundi menunjukkan bahawa pesakit hanya dinyatakan pulih setelah menjalani hanya dua ujian saringan menunjukkan bahawa pesakit itu negatif untuk Covid-19.

Thesundaily

“Itu sebablah penting untuk memastikan bahawa mereka dirawat sehingga mereka betul-betul pulih sepenuhnya” 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah telah menangani masalah ini, dengan menyebut kemungkinan pesakit yang positif ini dikaitkan dengan fenomena yang dikenali sebagai ‘penumpahan virus’.

Setakat harini Sabah kini mencatatkan 308 kes positif Covid-19. Kami doakan agar pesakit-pesakit ini segera pulih dan rataian wabak ini dapat diputuskan dengan segera.

 

Baca : 5 Lagi Doktor Meninggal, Lebih 2,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Itali 1

Sumber: TheSunDaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.