in

5 Peralatan Masak Yang Kini Trending Di Dapur Ibu-Ibu Muda Zaman Sekarang, Nampak Classy Sangat!

Mayer

Bukan mudah menjadi ibu-ibu zaman sekarang. Bekerjaya dan pada masa yang sama kena menguruskan hal rumah tangga serta menjaga makan pakai suami dan anak-anak.

Namun bila bercakap tentang soal makanan, anak-anak pastinya suka makanan air tangan ibunya sendiri, kan? Meskipun si ibu tu penat, dia tetap juga gagahkan diri untuk memasak buat orang yang dia sayang.

Cook 2

Oleh itu, ibu-ibu muda zaman sekarang janganlah stress-stress tau. Untuk buatkan kerja korang lebih efisyen, ini 5 peralatan memasak yang korang wajib ada di ruang dapur. Nah jom kita tengok satu-satu! 

 

1. Dapur elektrik 

Jadi ibu yang bekerjaya ni, kita pastinya nak peralatan memasak yang mampu mempercepatkan pekerjaan kita, kan? Kalau korang sejenis yang suka memasak tapi tak suka untuk tunggu lama-lama, admin cadangkan ada baiknya kalau korang memilik dapur elektrik.

Top 10 Must Have Kitchen Appliances Electric Cooktop

Ianya lebih baik berbanding dapur gas biasa daripada segi haba. Malah korang tak perlu nak bimbang kalau tiba-tiba kehabisan gas semasa memasak. Dah jadi satu hal pula kan kena contact orang gas.

Apa-apapun dari segi keselamatan ia sangat bagus kerana dapat mengelakkan daripada kebocoran gas atau kebakaran berlaku di rumah.

 

2. Periuk tekanan 

Periuk tekanan ini sangat berbeza ye dengan periuk nasi yang korang selalu guna di rumah tu. Ia bukan saja mampu memasak dengan lebih pantas, malah tenaga yang digunakan pun taklah sebanyak teknik memasak yang biasa.

Dengan menggunakan pressure cooker ni, korang boleh merebus, menjerang, menggoreng, membakar dan macam-macam lagi. Yang penting pastikan korang pilih periuk jenis keluli tahan karat yang selamat, senang dijaga dan tahan lama.

Pressurecooker

 

3. Penapis air minuman 

Air adalah keperluan yang paling utama dalam setiap rumah. Sebab itulah pentingnya setiap rumah memiliki sebuah penapis air minuman kerana air paip biasa ni ada banyak elemen tak tulen dan boleh membahayakan kesihatan.

Lagi best kalau penapis air korang ada tersedia dengan feature air panas dan sejuk. Senang lah sikit nak minum atau buat susu anak kan? Pantas je kerja rasanya.

H2Ocoolers Seotool 21301 Themaintypes Blogbanner2

 

4. Pembasuh pinggan 

Kalau ada rezeki lebih, apa kata korang laburkan wang untuk beli pembasuh pinggan atau dishwasher ni. Di Malaysia, dishwasher mungkin agak tidak terkenal dan kita selalu tengok orang Barat je gunakan ni di TV.

Tapi sebenarnya dishwasher ni ada banyak kelebihannya tau terutama bagi ibu-ibu yang penat bekerja dan terlalu sibuk di rumah. Korang tak perlu lagi membasuh pinggan dan cawan satu persatu malah hasilnya juga lebih bersih daripada cucian sendiri.

Vstroennaja Posudomoechnaja Mashina Sovremennaja 2

Ini kerana pinggan dan cawan dibasuh dengan air panas beberapa kali untuk basmi kuman dan ia melindungi tangan korang daripada jadi kering dan kasar. Malah bil air pun tak adalah melambung kan?

 

5. Air Fryer 

Menggoreng ikan atau ayam selalunya mengambil masa yang agak lama kalau menggunakan kuali dan periuk kan? Menerusi teknologi terbaru seperti Air Fryer, korang kini boleh jimat masa dengan tak perlu menunggu lebih lama di depan kuali hanya untuk menggoreng sesuatu makanan.

Air Fryer Adalah

Selain itu, air fryer juga dapat menggoreng makanan dengan lebih sihat tanpa menggunakan minyak tau. Selain daripada menggoreng, banyak resepi lain yang boleh dibuat menggunakan air fryer. Kalau tengok Khairulaming, kek pun boleh buat guna air fryer. Wow! 

Tapi kalau perasan lah kan, kebanyakan air fryer kat pasaran design dia biasa-biasa je kan? Haa apa kata ceriakan lagi suasana dapur korang dengan Mickey & Minnie 3.5L Air Fryer dari Mayer!

Cantikkan design dia! 

Air Fryer Mmaf8083

Mayer yang berkolaborasi dengan Disney kini menghasilkan barangan dapur ‘limited edition’ iaitu sebahagian daripada Koleksi Warisan Mickey.

Selain daripada Air Fryer, mereka juga ada keluarkan Mickey & Minnie 7″ High Velocity Fan dan Mickey & Minnie USB Rechargeable Fan. Comel-comel designnya kan?

Minnie 7 High Velocity Fan Mhv70

Usb Rechargeable Fan Mrf500

Bolehlah sejukkan sikit suhu di dapur yang panas ketika memasak tu! 

Untuk maklumat lanjut dan cara dapatkan peralatan elektronik ni, korang boleh saja ke Mayer E-Store. Item ini dijual secara preorder di website tersebut mulai 7 Jun 2021 dan anda juga boleh dapatkannya di platform rasmi Mayer & Mistral dalam talian – Shopee dan Lazada serta peruncit terpilih – Best Denki, ESH dan TBM, mulai 21 Jun 2021.

Sementara stok masih ada!