in

5 Filem ‘Chinese’ Yang Best Korang Boleh Tonton Di Netflix Sempena Tahun Baru Cina Ni!

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bila kita nak tengok filem pada hujung minggu mesti kita akan scroll Netflix untuk cari cerita yang menarikkan? Biasanya, korang mesti akan cari filem English, Melayu, Korea atau India kan bila nak tengok filem kan? Tapi sebenarnya cerita Cina pun banyak yang menarik tau!


Biasanya filem-filem Cina ni memang penuh dengan aksi dan suspen serta lakonan-lakonan yang sangat baik serta turut menggunakan bajet yang agak besar.

Jadi, sempena Tahun Baru Cina dan cuti hujung minggu yang panjang ni, apa kata korang luangkan masa untuk tonton filem-filem Cina best yang ada di Netflix sekarang.

1. Us and Them

Filem drama romantik ini merupakan antara filem Cina terbaik yang ada di Netflix. Filem ini mengisahkan tentang dua strangers yang berjumpa di dalam kereta api dan mula bersahabat baik. Selepas berpisah sementara, mereka telah bertemu semula dan mula menilai semula perasaan mereka kepada satu sama lain.

Lebih menarik, filem ini mempunyai rating 100% tau dekat Rotten Tomatoes. So, memang korang wajib tengok!

2. A Sun

A Sun merupakan filem drama kekeluargaan ini memaparkan pergelutan keluarga yang berhadapan dengan tragedi yang tidak dijangka.

Filem ini juga turut menampilkan lakonan yang hebat dari semua pelakon dan turut mempunyai sinematografi dan muzik yang cantik.

3. Secret

Filem romantik ini menceritakan tentang Ye Xiang Lun, seorang pemain piano berbakat dan pelajar baru di sekolah elit. Ketika hari pertamanya, dia telah bertemu dengan seorang gadis yang mainkan satu muzik misteri.

Filem ini memang sangat menarik dan buatkan korang melekat depan TV sebab nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

4. Double World

Filem ini merupakan fantasi aksi yang berlatarkan tempat fiksyen dengan 10 negara jiran. Apabila negara jiran menjadi makin kuat, panglima perang telah menganjurkan pertandingan untuk mencari askar terkuat.

Kalau korang sukakan filem yang simple, cerita ni memang sesuai sangat.

5. Rise of the Legend

Wong Fei Hung adalah salah satu hero yang sering disanjung di China. Kisah kehidupannya telah diadaptasikan beberapa kali.

Filem ini berkisarkan tentang seorang anak yatim, Fei yang bapanya dibunuh oleh satu entiti jahat dan usahanya untuk mendapatkan keadilan untuk kampungnya.

Dalam cerita ni korang boleh tengok seni mempertahankan diri yang sangat popular dalam cerita-cerita Cina.

Sumber: Netflix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.