5 Benda Kita Kena Hadap Bila Ada Kawan Penakut

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa dekat sini ada kawan yang penakut? Dorang ni kadang menghiburkan bila kita tengok gelagatnya tapi ada masanya boleh jadi annoying jugak.

Kadang kita pun boleh jadi rimas dengan perangai kawan kita tu sebab dorang takut sangat sampai terpekik dan terlolong. Tapi yelah dah kawan dan kalau dorang takut nak buat macam mana kan? Kenalah terima seadanya. Ini 5 benda kita kena hadap bila ada kawan penakut.

 

1. Asyik suruh teman pergi toilet lagi-lagi kalau dah malam

Malam-malam buta kita belasah je pergi toilet sendiri. Yelah, kalau dah nak terkucil tu, tak pikir apa dah. Tapi kalau dengan kawan yang penakut ni lain sikit ceritanya. Dorang biasanya akan kejut korang sampai bangun semata-mata nak berteman pergi toilet sebab takut tak bertempat. Mana taknya, kalau takde orang lain dalam toilet, takut sebab sunyi, kalau ada orang pulak, mesti nak tengok kaki orang tu. Sekali takde kaki daaaa….

 

2. Sejenis takut gelap sebab katanya semua benda berhantu

Ni satu lagi masalah yang confirm kena hadap kalau dapat kawan penakut. Dorang ni jenis yang takut gelap dan sangat paranoid bila dalam kegelapan. Katanya rasa macam orang pandang. Kalau nak tidur malam pulak, jangan haraplah korang dapat tutup semua lampu sebab dorang takkan benarkan. Macam-macam….

 

3. Tiap malam nak menempel sebab takut tidur sorang

Yang jenis macam ni, kadang kita pun pelik sebab dia bukanlah someone yang pernah nampak hantu ke apa, tapi malam-malam mesti tak nak tidur atas katil sendiri. Lagi rimas jenis yang suka peluk bila tidur malam. Punyalah takut, macam ni pun ada…

 

4. Kalau masuk rumah hantu, mesti merayu nak keluar

Seronokkan kalau dapat masuk rumah hantu? Rasa excited masa kat dalam tu. Tapi parah bila dapat kawan yang penakut ni. Kalau bawak dorang masuk, korang tahanlah dengar jeritan dan rayuan dorang. Ada jugak yang sampai sanggup berlari keluar dari rumah hantu tu tau. Kadang rasa macam dramatik pulak dorang ni sebab takdelah takut mana, tapi jerit dia, kalah pontianak!

 

5. Tengok movie seram asyik nak menjerit je

Bila kita excited masa sleepover nak pasang cerita seram tapi dapat kawan pulak yang jenis penakut, terpaksalah hadap dengan jeritan dorang masa tengok movie. Bingit oii! Yang kelakarnya kita lagi terperanjat dengar dorang menjerit dari tengok cerita seram tu. Selain tu, ada jugak yang jenis tak nak langsung tengok movie seram. Melepaslahhhh…

Tapi apa kata korang try ajak kawan korang yang penakut tu tengok cerita The Hantus. Biasanya cerita hantu ni menyeramkan, tapi kalau tengok movie ni, confirm kawan korang akan terhibur!

The Hantus ni mengisahkan tentang watak Fahmi yang dilakonkan oleh pelakon berbakat, Alif Satar yang frust bila mendapati kekasihnya dah curang dengan pengurus di tempat kerja mereka. So, Fahmi naik bas tinggalkan Genting Highlands tapi malangnya dia terlibat dalam kemalangan dan jatuh ke dalam gaung.

Masa tu ramai yang terkorban dan bila Fahmi tersedar dengan kecederaan yang agak teruk, dia mendaki bukit bagi mendapatkan bantuan. Nasib baiklah ada sebuah Volkswagen kuning yang dinaiki seorang lelaki dan perempuan berhenti untuk tumpangkan Fahmi ke hospital dan macam-macam kejadian pelik berlaku. Tapi akhirnya berjaya ke Fahmi dapatkan bantuan yang diperlukan?

Apa kata korang find out sendiri apa jadi dekat Fahmi dengan subscribe filem The Hantus di Astro First Ekslusif. Cara-caranya senang je,

  1. Buka saluran 480
  2. Pilih The Hantus
  3. SMS kod yang tertera di skrin TV korang ke 32999
  4. Korang akan menerima info selanjutnya untuk menonton

Korang juga boleh subscribe cerita The Hantus dekat sini.

Okay gaisss, bolehlah pergi subscribe movie ni dan hopefully, kawan korang yang penakut tu akan terhibur.



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.