in

5 Bandar Terbiar Menyeramkan Di Seluruh Dunia & Sejarah Disebaliknya

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di seluruh dunia, banyak tempat dan bandar yang pernah hidup tapi kini terbiar dan terbengkalai. Biasanya tempat macam ni dipanggil sebagai ghost town.

Kalau korang ternampak sesuatu tempat atau rumah yang terbengkalai, mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya sejarah disebaliknya sehingga ia ditinggalkan tak berpenghuni.


Jadi kali ni, kita akan tengok beberapa bandar yang terbiar di seluruh dunia serta kisah di sebaliknya, ada yang mempunyai kisah yang gilang gemilang dan ada juga yang mempunyai kisah hitam. Joms

1. Bandar Pod Sanzhi, Taiwan

Misteri Resor Berbentuk Ufo Di Taiwan Yang Kini Jadi Kota Mati 7 43

Bandar Pod Sanzhi yang terletak di luar Bandar Baru Taipei, Taiwan ini memulakan pembinaan berkonsepkan UFO pada tahun 1978 sebagai tempat peranginan yang dipasarkan untuk anggota tentera AS.

Namun begitu ketika proses pembinaan, telah berlaku beberapa kemalangan kereta yang melibatkan kematian serta kerugian yang banyak dalam pelaburan menyebabkan projek ini diabaikan.

Ramai mengatakan bahawa bandar ini bernasib malang kerana membelah patung naga Cina yang terletak di pagar depan bagi meluaskan jalan. Walaupun tempat tersebut kemudiannya menjadi tempat kunjungan pelancong dan pernah menjadi lokasi filem MTV, ia kemudiannya telah dimusnahkan pada tahun 2010 bagi membina tempat peranginan komersial.

Artikel berkaitan: Dulu Cantik & Meriah! Ini 5 Tempat Terbiar Di Sekitar Lembah Klang Yang Dikatakan ‘Keras’

 

Artikel berkaitan: 7 Rumah Berhantu Di Seluruh Dunia & Apa Yang Berlaku Sebenarnya

2. Bodie, California

Bodie California 21

Ketika akhir abad ke-19, ramai orang dari serata dunia telah pergi ke bandar ini dengan harapan untuk menjadi kaya selepas didedahkan bahawa terdapat banyak bijih emas di bandar ini pada tahun 1875. Dengan hampir 10,000 tan bijih emas diekstrak, ia merupakan salah satu perlombongan emas terkaya di California.

Pada tahun 1879, hampir 10,000 orang telah tinggal di Bodie dan lebih 2,000 bangunan termasuk 70 saloon bar, satu tempat boling, dewan menari, dewan perjudian, kedai-kedai runcit, hotel, gereja dan 200 restoran.

Namun begitu, zaman kegemilangan bandar ini tak kekal lama. Pada tahun 1881, apabila bijih emas di kawasan tersebut mula merosot, ramai pelombong telah mula keluar mencari tempat baru dan syarikat perlombongan menjadi bangkrap.

Kalau korang nak tahu, istilah ghost town pertama kali digunakan pada 1915 untuk menggambarkan Bodie. Hari ini, ramai pengunjung yang datang ke sana, tapi bukan untuk mencari emas namun untuk merasa pengalaman pergi ke bandar terbiar.

3. Pripyat, Ukraine

Ukraine Chernobyl Unesco.4 1.Jpg

Bandar hantu Pripyat di Ukraine ini merupakan salah satu tempat terbiar yang menyeramkan. Ia merupakan bandar nuklear yang telah ditinggalkan tanpa penghuni sejak bencana nuklear Chernobyl pada April 1986. Populasi bandar ini juga telah diminta untuk keluar dalam masa empat jam dan radiasi yang terhasil dari bencana tersebut menyebabkan ia terlalu bahaya untuk didiami oleh manusia.

Hanya pada tahun 2010, Chernobyl dan Pripyat telah diumumkan selamat untuk dilawati. Tapi bagi orang yang nak melawat tempat ni, mereka perlu disaring sebelum masuk dan diperiksa sekiranya terdapat partikel radioaktif selepas meninggalkan tempat tersebut. Pengunjung yang datang sini juga dinasihatkan untuk tidak menyentuh objek di sana atau duduk di mana-mana.

4. Kubu Bhangarh, India

Bhangarh Fort 15

Beberapa kilometer di barat daya Delhi, India, korang akan menyaksikan satu kubu tinggalan yang cantik di tengah-tengah hutan menghijau yang tebal dipanggil sebagai Kubu Bhangarh. Tapi jangan tertipu dengan kecantikannya kerana kubu ini dikatakan telah disumpah oleh seorang ahli sihir selepas seorang puteri raja menolak cintanya dan kerana itu juga kubu ini telah terbiar sehingga hari ini.

5. Jazirat Al Hamra, UAE

Rak

Jazirat al Hamra yang terletak tak jauh Ras Al Khaimah ini telah terbiar sejak 1968 apabila ia pernah menjadi perkampungan nelayan mutiara yang berjaya. Sekarang tempat ini dipenuhi dengan rumah berlumpur, jalan raya yang berdebu dan masjid-masjid terbiar.

Lebih menyeramkan, beberapa orang mengatakan bahawa sesiapa yang melawat bandar ini akan mengalami pengalaman seram dan mendengar bunyi-bunyi pelik kerana roh-roh orang yang pernah tinggal di sana dikatakan masih menghantui bandar tersebut.

Sumber: ati, savingplaces.org, joinmytrip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.