Kebanyakan filem-filem hantu mesti mula dengan kena kacau bila pindah ke rumah baru kan? Sebenarnya wujud ke rumah berhantu ni?
Dekat bawah ni adalah beberapa senarai rumah-rumah hantu di seluruh dunia dan cerita disebalik rumah tersebut. Tapi, kalau boleh janganlah baca cerita ni masa dalam gelap sorang-sorang, nanti korang tak boleh tidur pulak!
7 Rumah Berhantu Di Seluruh Dunia & Apa Yang Berlaku Sebenarnya
1. Rumah Keluarga Liu, Taiwan
Rumah yang dibina pada tahun 1929 ini mempunyai sejarah yang menyedihkan. Rumah yang terletak di kawasan kampung di Taiwan ini telah pun terbengkalai sejak tahun 1950-an selepas Keluarga Liu ini tinggalkan rumah tersebut secara tiba-tiba. Seperti kebanyakan tempat-tempat misteri, ada banyak cerita tentang keluarga ini dan kenapa dorang tinggalkan rumah ini.
Menurut orang-orang tempatan, orang gaji yang bekerja dengan keluarga ini mempunyai hubungan sulit dengan majikannya, Liu Rong-yu. Apabila rahsia ini terdedah, orang gaji tersebut telah terjun ke dalam pergi dan meninggal dunia (atau mungkin ada orang tolak dia?). Wanita ini kemudiannya kembali untuk menghantui keluarga tersebut sehingga dorang tak tahan dan lari tinggalkan rumah itu.
Beberapa tahun kemudian, rumah tersebut didiami oleh beberapa ahli parti politik yang pernah memimpin negara China sekitar tahun 1027 sehingga 1949, Kuomintang of China. Namun kebanyakan dari mereka telah mati bunuh diri sekaligus menguatkan teori yang rumah tersebut berhantu. Orang-orang yang datang melawat rumah tinggal ini juga turut melaporkan yang dorang ada nampak kelibat hantu.
2. Rumah agam Los Feliz, LA, California
Ketika pertengahan kurun ke-20, rumah besar ini telah didiami oleh Dr Harold Perelson dan keluarganya. Pada awalnya, mereka hidup bahagia di rumah tersebut sehinggalah pada satu malam, 6 Disember 1959, Dr Harold telah membunuh isterinya yang sedang tidur menggunakan tukul besi dan cuba untuk membunuh tiga anaknya sebelum minum asid untuk bunuh dirinya sendiri.
Nasib baik, anak sulung perempuannya sempat menjerit kuat apabila bapanya itu memukul kepalanya sekaligus mengejutkan dua adiknya yang lain. Ketika pergelutan tersebut, ketiga-tiga anaknya ini sempat melarikan diri.
Kalau korang nak tahu, sebelum merancang untuk membuat pembunuhan-bunuh diri ini, Dr Harold merupakan seorang doktor yang berjaya mencipta picagari jenis baru selepas melaburkan hampir kesemua wangnya untuk tujuan kajian dan pengeluaran. Namun begitu, dia telah ditipu dan kehilangan hakcipta terhadap ciptaannya itu.
Pihak berkuasa mengesyaki dia mahu membunuh keluarganya dan diri sendiri ekoran masalah kewangan.
Dua tahun kemudian rumah ini dijual kepada keluarga Enriquez untuk dijadikan tempat simpan barang sebelum dijualkan kepada pasangan suami isteri pada tahun 2016 yang merancang untuk buat balik rumah tersebut. Tapi seperti ada benda yang menakutkan dorang kerana tak sampai berapa tahun rumah tersebut dijual semula.
3. Rumah Ladang Myrtles, St. Francisville, Louisiana
Dikatakan dibina di atas tapak pengebumian, Rumah Ladang Myrtles ini didiami oleh sekurang-kurangnya 12 hantu yang berlainan. Ia dibina pada tahun 1796, cerita hantunya dikatakan mengenai seorang hamba wanita bernama Chloe yang telah dipotong telinganya gara-gara ditangkap cuba mendengar perbualan tuannya.
Mahu membalas dendam, Chloe telah membunuh dua anak tuannya dengan meracun kek hari lahir. Ekoran ini, wanita ini telah digantung oleh hamba-hamba yang lain dan sehingga hari ini dia dilihat masih berkeliaran di rumah tersebut dengan memakai turban bagi menutup telinganya.
Kalau korang nak tahu, Rumah Ladang Myrtles ini sekarang menjadi dah dibuat jadi tempat penginapan. So kalau korang ada rezeki lebih dan rasa nak jumpa dengan Chloe bolehlah pergi sana!
4. Rumah agam SK Pierce, Gardner, Massachusetts
Ada banyak rumah berhantu di Massachusetts tapi rumah agam SK Pierce ni antara yang paling mengerikan. Penghuni asal rumah ini, Sylvester Pierce telah membina rumah ini untuk dirinya, anak lelakinya dan isterinya Susan selepas dia mula mendapat keuntungan dalam perniagaan perabotnya.
Ketika tinggal di rumah sebesar 7,000 kaki persegi ini, Sylvestor banyak menganjurkan parti untuk orang-orang terkenal seperti Presiden Calvin Coolidge, Bette Davis dan Norman Rockwell.
Nak dijadikan cerita, seminggu selepas berpindah ke rumah agam ini, isterinya Susan telah jatuh sakit dan meninggal dunia akibat penyakit jangkitan bakteria misteri. Setahun kemudian, Sylverster telah berkahwin semua dengan seorang wanita 30 tahun lebih muda darinya, Ellen dan dikurniakan dengan dua orang lagi anak.
Beberapa tahun kemudian, selepas Sylvester dan Ellen meninggal dunia, anak-anak lelakinya telah bergaduh tentang siapa yang dapat rumah agam ini dan perniagaan perabot bapa mereka sebelum syarikat tersebut bankrap gara-gara Great Depression.
Anak lelaki bongsunya, Edward telah diberikan hak penjagaan rumah tersebut dan menyewakan bilik-bilik di sana kepada orang. Menurut cerita penduduk tempat, rumah tersebut telah menjadi tempat aktiviti haram termasuk pembunuhan dan beberapa kematian secara tiba-tiba ke atas penghuni-penghuninya.
Ekoran ini, ramai tetamu yang tinggal di sana melaporkan yang dorang telah dikacau dengan teruk seperti melihat hantu, objek terbang, bunyi-bunyi seram dan macam-macam lagi.
5. Rumah Jean Harlow, LA, California
Macam yang korang tahu, ramai selebriti Hollywood tinggal di Los Angeles. Pada tahun 1932, rumah yang terletakk di Beverly Hills ini telah didiami oleh pelakon ikonik, Jean Harlow dan suaminya, seorang kaki dera, Paul Bern.
Paul Bern telah menembak dirinya sendiri di kepala ketika berdiri di hadapan cermin sebelum ditemui oleh pelayannya. Namun begitu, pelayan ini telah menelefon studio MGM mengenai penemuan tersebut dan bukannya pihak polis. Jadi terdapat berita angin mengatakan bahawa Paul mungkin dibunuh oleh bekas kekasihnya selepas wanita ini membunuh diri beberapa hari kemudian.
Selepas kematian suaminya itu, Jean telah berpindah keluar dari rumah tersebut dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian pada usia 26 tahun.
Pada tahun 1963, seorang pendandan rambut selebriti Jay Sebring telah membeli rumah tersebut dan tinggal di sana bersama teman wanitanya, Sharon Tate yang juga merupakan seorang pelakon terkenal sebelum Sharon meninggalkan Jay untuk Roman Polanski.
Namun begitu, mereka semua masih berkawan dan sering keluar bersama sebelum Sharon Tate yang mengandung lapan bulan dan Jay Sebring ditembak mati oleh pengikut Charles Manson.
Ketika Sharon tinggal di rumah peninggalan Jane Harlow ini, dia telah memberitahu beberapa rakannya yang dia telah diganggu oleh makhluk halus. Katanya, ketika dia tidur di bilik berseorangan, dia nampak seorang lelaki yang menakutkan. Ramai percaya lelaki tersebut merupakan hantu Paul Bern.
Sharon terlalu takut bila nampak hantu tersebut sehingga dia berlari keluar dari bilik sebelum ternampak bayang-banyang mayat dengan lehernya dikerat di hallway.
6. Rumah di Villisca, Iowa
Pada 10 Jun 1912, Josiah dan Sarah Moore telah dipukul sehingga mati di dalam rumah mereka di Villisca, Iowa. Empat anak-anak mereka dan dua rakan mereka yang berada di sana turut dibunuh. Sehingga hari ini, pembunuh mereka masih tak ditemui.
Rumah ini dianggap sebagai rumah paling berhantu di Amerika Syarikat. Ramai yang tertarik untuk pergi ke rumah tersebut sehingga ada yang sanggup bayar lebih dari US$400 hanya untuk bermalam di sana.
Namun begitu, tak ada seorang pun yang tahan selepas dorang diganggu dengan suara jeritan kanak-kanak, lampu tiba-tiba jatuh, tangga bergerak dan objek terbang. Malah pada tahun 2014, seorang penyiasat paranormal telah menikam dirinya sendiri selepas bermalam di rumah tersebut. Sesiapa yang tak percaya dengan hantu, bila pergi rumah ni confirm akan percaya hantu tu wujud!
7. Rumah Ammons, Gary, Indiana
Pada tahun 2011, Latoya Ammons telah berpindah ke sebuah rumah kecil satu tingkat di Gary, Indiana bersama ibunya dan tiga orang anak yang masih kecil. Tak lama kemudian, mereka melaporkan yang dorang telah diganggu dengan roh-roh jahat tanpa henti.
Disebabkan ini, Latoya telah membawa keluarganya ke hospital bagi mendapatkan bantuan untuk lepas dari gangguan ini. Selepas siasatan dijalankan oleh polis, orang-orang gereja, pekerja hospital dan orang dari Jabatan Khidmat Perlindungan Kanak-kanak, mereka semua berbelah bahagi, ada yang percaya rumah tersebut memang dihantui oleh roh dan hantu dan ada yang mengatakan ia hanya masalah psikologi.
Namun begitu, cerita keluarga Latoya ini telah menjadi viral sehingga mereka sering diganggu oleh orang ramai yang nak tengok sendiri kejadian berhantu di rumah tersebut membuatkan keluarga ini membuat keputusan untuk berpindah.
Sehingga sekarang rumah tersebut masih mendapat perhatian ramai. Malah, pengarah terkenal Lee Daniels dikatakan sedang mengarah sebuah filem mengenai kisah ini bertajuk The Deliverance dan dijangka akan ditayangkan di Netflix pada tahun 2024 nanti dan bakal dibintangi oleh pelakon Stranger Things, Caleb McLaughin.
Sumber: House Beautiful