in

4 Lagi Individu 1MDB Diburu!

Page Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kes 1MDB ni akan berpanjangan lagi-lagi sebab ramai antara mereka yang terlibat enggan beri kerjasama. Haishhhh!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat jalankan siasatan dan dah banyak buat pendedahan serta memanggil beberapa orang penting untuk disoal siasat termasuklah bekas PM Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

E
sumber: the star

Kali ini, menurut WORLD OF BUZZ, SPRM mendedahkan lagi empat individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan skandal 1MDB ini termasuklah individu utama iaitu Tan Kim Loong yang berusia 40 tahun. Tiga lagi individu yang dikehendaki ialah:

  • Tang Keng Chee atau Casey Tang, 53
  • Geh Choh Heng, 47
  • Loo Ai Swan atau Jasmine Loo, 45
T
sumber: wob

Tan Kim Loong yang juga dikenali dengan nama Eric Tan memang dikehendaki pihak berkuasa sejak bulan Oktober 2016 di mana pada masa yang sama, Jho Low juga sedang diburu.

Ketiga-tiga individu terbabit pula dulu pernah bekerja di syarikat 1MDB. Selain itu, Casey Tang dan Jasmine Loo telah pun ada dalam senarai dikehendaki sejak beberapa tahun lalu. Sementara itu, ini merupakan kali pertama nama Geh Choh Heng dikeluarkan pihak SPRM.

The Star turut menggelar Tan sebagai “lelaki misteri” dan dilaporkan menggunakan nama samaran. Dia juga turut dikenal pasti sebagai penandatangan untuk pelbagai akaun di Singapura bagi wang 1MDB yang diambil. Akaun tersebut adalah dari R.B Coutts dan Falcon Bank.

Siapa yang ada maklumat tentang mereka, sila laporkan ye.

Baca: Kes 1MDB: 2 Individu Lari Ke Luar Negara

R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.