Sejarah terapi urutan atau mengurut difahamkan telah ada di dunia sejak 5000 tahun dahulu, malah berkemungkinan lebih lama bertapak di India yang mana ia dianggap sebagai ‘sistem suci’ penyembuhan secara semulajadi.
Apabila budaya dan sejarah berkembang, kaedah penyembuhan melalui urutan telah tersebar ke China dan Asia Tenggara kira-kira 2700 SM (sebelum masihi) dan sesuai dengan peradaban masyarakat yang pelbagai, kita boleh dapati pelbagai teknik urutan yang ada sekarang ini.
Setiap jenis urutan, pastinya ada kelebihan dan manfaatnya dan tidak seperti jenis-jenis urutan popular seperti urutan Thai, Bali, dan sebagainya.
Tapi, kalau korang nak tahu, ada juga banyak jenis urutan yang pelik dan boleh kata rare di dunia ni antaranya :
Urut guna ular sawa
Terkenal di negara seperti Thailand, Indonesia, Rusia dan beberapa negara lain, urutan menggunakan ular ini difahamkan dapat mengurangkan kesakitan otot dan sendi selain penggunaan ular ini akan melancarkan darah dan membebaskan endorfin.
Urutan pemotong daging
Teknik urutan yang disebut sebagai daoliao ini terkenal di Taiwan. Difahamkan merupakan teknik tradisional yang wujud sejak 2000 tahun dahulu.
‘Tukang urut’ difahamkan akan menggunakan bahagian tajam pisau pemotong daging untuk menekan bahagian-bahagian tertentu pada badan yang bermasalah.
Urutan muka siput babi
Spa di UK, Rusia dan Jepun difahamkan telah meletakkan tanda aras baru dalam teknik urutan muka dengan menggunakan siput babi yang mana difahamkan dapat mencantikkan kulit yang rosak.
Beberapa ekor siput akan diletakkan diatas muka pelanggan dan kemudiam dibiarkan untuk ‘merayap’ di atas muka.
Urutan lempangan muka
Dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus pada muka dan melambatkan proses penuaan, sebuah spa di San Francisco memperkenalkan teknik urutan lempangan di bahagian muka dengan harga sekitar $350 atau RM 1,352!
Satu sesi urutan ni boleh tahan jugak harganya dan memang tak dinafikan, ada pelbagai manfaat dan kebaikan dari sudut kesihatan kalau kita berurut ni, sebagai contoh melancarkan peredaran darah.
Kalau disini sekarang ni, agak susah nak cari yang betul-betul berbaloi selain mereka yang betul-betul pandai mengurut. Sebab itu, ramai yang memilih untuk ada kerusi urut sendiri dan sekarang ni, untuk memiliki sebuah kerusi urut pun dah mudah dan murah.
Korang tahu tak dengan serendah RM128 sebulan atau hanya RM4.30 sehari dengan program ITSU Syoook Sewa, korang dah boleh ’rewardkan’ sebuah kerusi urut untuk diri sendiri dan lepas habis tempoh bayaran, kerusi itu ajak jadi hak milik korang!
Program ITSU Syoook Sewa ni membolehkan korang sewa kerusi urut pelbagai model keluaran ITSU untuk tempoh yang ditetapkan, bermula daripada 24 bulan sehinggalah 60 bulan tanpa sebarang deposit dan tak perlukan kad kredit!
Kalau korang perasan, bukak YouTube ke apa ke mesti ada iklan yang menampilkan Shila Amzah sebagai duta ITSU ni.
Paling menarik, selama tempoh sewaan dari ITSU sekiranya ada sebarang masalah seperti berlakunya kerosakan dan sebagainya, boleh hubungi talian yang disediakan dan pihak ITSU akan menghantar technician diorang untuk selenggara kerusi tersebut. *Tertakluk terma dan syarat
Salah satu model yang ditawarkan adalah iClass dan apa yang menarik tentang model ini ialah dia tawarkan 5 teknik urutan serta ada 6 darjah urutan yang boleh dipilih mengikut keselesaan.
Selain itu, ia merupakan kerusi urut PERTAMA yang dilengkapi dengan fungsi urutan bahu!
Untuk maklumat lanjut atau korang nak tengok model-model lain yang ditawarkan, boleh tengok promosi ITSU Syoook Sewa di laman web atau dapatkan update terkini tentang tawaran dan promosi ITSU di Facebook.