in

“4 hari dalam ward isolasi memang seksa” – Suspek Covid-19 Di Johor Bahru Ceritakan ‘Seksa’ Kena Kuarantin

Covidjb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, dengan kes Covid-19 yang kian meningkat di negara kita ini sudah tentu mendatangkan kebimbangan kita.


Namun bagi mereka yang pandang enteng pasal kes ini, korang patut baca bagaimana seksanya kawan kepada ibu wanita ini sepanjang kena kuarantin dekat dalam wad isolasi ini.

 

Kipas tak boleh buka takut spread virus, cuaca tengah panas terik

Dikatakan wanita yang kena kuarantin ini bersama anaknya, mereka dikuarantin di wad isolasi di Hospital Permai, Johor Bahru.

Sebelum dipindahkan ke wad, mereka di kuarantin di rumah mereka sendiri selama 5 hari, Sepanjang 4 hari dalam wad itulah dia menceritakan seksanya yang dia lalui.

Biarpun di dalam wad, mereka terpaksa berpanas dan dilarang sama sekali buka kipas dan penghawa dingin bagi mengelakkan virus merebak. Allahu, katanya sampai nak bernafas pun susah, apatah lagi dengan cuaca panas terik.

Pada masa itu pun mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, masa nak tidur banyak nyamuk, mereka terkurung di dalam wad itu kerana jika ada yang cuba buka pintu, siren akan berbunyi.

Etms5Dduyaav4Wz

Etms5Deuwaeyzjb

Bagaimanapun, wanita itu disahkan negatif daripada terkena Covid-19 dia menjadi suspek kerana ada gejala-gejala yang seakan-akan menghidap virus tersebut.

Dengan apa yang dia hadapi sekarang ini, harap jangan pandang remeh tentang hal ini.

Etms5Deuuaeent

Perkongsian yang meraih 1,000 jumlah retweets sepanjang 7 jam ia dimuatnaik di Twitter. Selama ini kita dengar bagaimana mangsa-mangsa dari luar negara yang terkena jangkitan ini menceritakan apa yang mereka rasa.

Tapi kali ini orang kita sendiri menceritakan bagaimana pula rasa sepanjang kena kuarantin, kalau tak nak bazirkan masa, harap dapatlah jadikan cerita ini sebagai pengajaran untuk kita ambil langkah berhati-hati;

 

Baca : “Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah”-  Pesakit-pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit

Pesakit

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.