35 Individu Rugi RM1.6 Juta dan Terkandas di KLIA Akibat Ditipu Pakej Haji VIP

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Musim haji adalah musim yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, terutamanya bagi yang bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. Namun begitu, setiap kali musim haji, pasti muncul kisah-kisah bakal jemaah haji yang terkandas di lapangan terbang kerana agensi pelancongan gagal menguruskan dokumen visa mereka.

Pada tahun ini, sekali lagi sekumpulan bakal jemaah haji telah terkandas di lapangan terbang kerana ditipu agensi pelancongan. Alahai kesiannya, tak terbayang rasa kecewa mereka…

Gambar hiasan

Menurut mStar, seramai 35 individu mendakwa ditipu agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji untuk VIP pada bulan Ogos yang lalu. Agensi pelancongan itu dilaporkan menggunakan alamat di Jalan Ipoh dan Shah Alam serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), Dr. Mazlina Abu Bakar berkata, siasatan yang telah dijalankan mendapati, walaupun agensi terbabit telah berdaftar dengan SSM, tetapi mereka tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji dan lesen umrah, lapor Berita Harian.

Menurut Kosmo, agensi yang dikenal pasti adalah Syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn. Bhd dan 35 mangsa terdiri daripada golongan orang kenamaan (VIP) termasuklah berstatus Datuk dan Datin. 

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Turut dilaporkan, setiap seorang individu telah kerugian melebihi RM20,000 selepas syarikat terbabit menjanjikan visa khas haji (FURADA) terus dari Arab Saudi, namun terkandas di lapangan terbang kerana tiada visa.

Salah seorang mangsa, Datin Seri Norlin Ismail, berkata, syarikat itu hanya membelikan tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu tetapi, tiada sambungan penerbangan ke Jeddah.

Kami turut cuba mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu melalui telefon tetapi pemiliknya enggan memberi sebarang maklum balas,” kata wanita berusia 44 tahun itu.

Hamiza Mohd Noor, 50, juga mangsa, berkata dia telah rugi sebanyak RM226,200, dan apabila syarikat berkenaan dihubungi, mereka menjelaskan itu sama sekali bukan urusan mereka. Eh, macam tu pulak?

Pada 28 Ogos 2017 kami tak dapat berlepas ke Mekah kerana masalah penerbangan. Bila kami hubungi pemilik syarikat terbabit, mereka kata itu bukan urusan mereka.”

Difahamkan, setiap mangsa telah kerugian sebanyak sekurang-kurangnya RM50,000 untuk bayaran deposit. Kesemua mangsa telah membuat laporan polis dan buat masa ini wang mereka masih belum dipulangkan.

Kalau rasa tak boleh nak uruskan hal haji, tak payahlah adakan pakej haji. Kesian jemaah-jemaah tu. Segala persiapan dah dibuat….

Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.