in

328 Nyawa Terkorban, Ini Rusuhan Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, dunia dikejutkan dengan rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan yang terletak di Malang Indonesia.


Ekoran dari tragedi tersebut, sekurang-kurangnya 127 nyawa telah terkorban sehingga ianya telah dicatat sebagai bencana kedua terburuk dalam sejarah bola sepak dunia.

Malangnya, rusuhan seperti ini bukanlah perkara yang baru dalam dunia sukan bola sepak ini. Bencana stadium paling terburuk pernah berlaku dalam sejarah telah terjadi pada tahun 1964 iaitu 58 tahun yang lalu.

75080766 Stadium Then624

Tragedi yang berlaku di Lima, Peru ini telah mengorbankan sebanyak 328 nyawa dan masih disebut-sebut hingga sekarang…

Untuk pengetahuan korang, pada 24 Mei 1964, Peru telah menduduki tempat kedua peringkat separuh akhir kejohanan kelayakan Olimpik Amerika Selatan. Mereka hanya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya keputusan seri menentang Argentina sebelum melawan Brazil dalam perlawanan terakhir.

Stadium ini telah dipenuhi dengan 53,000 penyokong yang datang dengan harapan dan keyakinan tinggi untuk menyaksikan kemenangan di pihak tuan rumah.

Namun begitu, keadaan mula menjadi tak terkawal bila pengadil telah menolak jaringan penyamaan dari pemain Peru, Kilo Lobaton hingga menyebabkan penyokong mula naik berang.

Ekoran ini, dua penonton telah berlari masuk ke dalam padang untuk cuba memukul pengadil sebelum dihalang oleh pegawai polis. Namun salah seorang dari mereka telah dipukul dengan teruk.

75073512 Cuenca624

Polis kami sendiri telah menendang dan memukul dia seperti dia seorang musuh. Ini yang membuatkan ramai marah termasuk saya,” kata salah seorang saksi.

Dalam masa beberapa saat, sekumpulan penonton mula meluru ke atas padang hingga menyebabkan rusuhan secara besar-besaran sehingga pihak polis telah melemparkan gas pemedih mata untuk meredakan keadaan.

Manakala, ada juga penonton yang cuba untuk keluar dari stadium selepas melihat rusuhan bakal bermula namun pintu keluar telah ditutup hingga menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik dan bertembung dengan penonton panik yang cuba lari dari kawasan gas pemedih mata.

75080767 Match624

Menurut laporan, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah disebabkan oleh sesak nafas dipercayai dipijak oleh orang yang cuba untuk menyelamatkan diri.

Ekoran terlalu banyak mayat yang bertindih, pintu keluar telah terbuka sendiri akibat tekanan dan kesemua mayat terbunuh berada di kawasan tangga sehingga ke luar jalan manakala tiada orang yang tinggal dalam stadium mati.

Secara rasminya, rekod kematian tragedi ini adalah sebanyak 328 nyawa namun ia merupakan kiraan terendah kerana kematian akibat tembakan tidak diambil kira dalam anggaran rasmi.

Seperti di Indonesia, ramai menyalahkan pihak polis yang bertindak secara terburu-buru sehingga menyebabkan kematian ramai orang. Malah baru-baru ini, media di Indonesia melaporkan polis dan tentera yang terlibat akan berdepan dengan hukuman setimpal berikutan berlakunya kematian dalam rusuhan di Stadium Malang.

Sumber: BBC, BBC UK, Harian Terbit

 

Baca: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Ketika Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

1Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.