in

3 Individu Lemas Dihanyutkan Kepala Air Ketika Sertai Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Jahang

Tiga Individu Lemas Ketika Sertai Aktiviti Water Rafting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang individu dilaporkan meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika mereka sedang menyertai aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Perak pada Jumaat semalam.

Memetik laporan Harian Metro, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang wanita dan dua orang lelaki sedang menyertai aktiviti water rafting ketika aktiviti team building anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi di sungai tersebut.


Aktiviti team building itu melibatkan 22 orang peserta dari jabatan JKR dan enam orang pemandu pelancong.

1 7

Difahamkan, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.50 petang dan kesemua peserta aktiviti itu turun ke sungai pada jam 3.30 petang.

Aktiviti water rafting itu melibatkan perjalanan sejauh enam kilometer menyusuri sungai.

@bernamatvofficial

Tiga mayat individu yang ditemui lemas ketika aktiviti water rafting di Sungai Kampar dalam kejadian petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar Video : Syamsiah Sahat #digitalbernamatv #tigalemas #sungaikampar

♬ bunyi asal – Bernama TV – Bernama TV

Artikel berkaitan : “Berat dugaan” – Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!

Artikel Berkaitan: Bot Regata Karam, 5 Mangsa Ditemukan Lemas Di Muara Sungai Sarawak

Pihak bomba dan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian setelah pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.

Difahamkan, ketika pihak bomba tiba di situ, ketiga-tiga mangsa yang lemas itu telah dinaikkan ke tebing sungai.

Susulan kejadian ini, kesemua aktiviti sukan air di daerah Kampar ditangguh serta-merta untuk keselamatan orang ramai.

2 4

Difahamkan juga, siasatan mendapati keadaan sungai pada awalnya masih selamat untuk para peserta aktiviti team building itu mengikuti water rafting tersebut.

Namun, air dikatakan naik mendadak sekitar 500 meter dari tempat pelepasan bot.

Salah sebuah dari bot terakhir kemudiannya telah terbalik dan lebih kurang 800 meter dari tempat bot terbalik, tujuh daripada mereka hanyut namun tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.