in

25 Kanak-kanak Antara 100 Individu Yang Jadi Mangsa R*gol P Diddy Mahu Failkan Saman

Ft Mangsa Nak Saman Pdiddy

Seramai lebih daripada 100 individu termasuk kanak-kanak didakwa menjadi mangsa rogol, serangan seksual dan eksploitasi seksual kepada penyanyi rap Sean Diddy Combs atau P Diddy bakal memfailkan tuntutan saman terhadapnya.

Seorang peguam mangsa dari Texas iaitu Tony Buzbee mendedahkan bahawa terdapat 120 orang termasuk kanak-kanak kini sedang merancang untuk ambil tindakan sivil terhadap penyanyi lagu Last Night itu.

Artikel berkaitan : Terlibat Kes Jenayah S*ksual, Ramai Netizen Spekulasi Justin Bieber Mungkin ‘Mangsa’ P. Diddy?

Artikel berkaitan : Sean Diddy Dituduh Terlibat Kes Pemerdagangan Seks, Penderaan Seksual & Rogol, Ini Apa Yang Berlaku…

Jelasnya lagi, lebih 3,000 orang tampil dengan dakwaan terhadap Combs dan beliau mendedahkan bahawa kebanyakan mangsa diberikan dadah.

“Saya boleh katakan 90 peratus daripada kes, individu ini diberi dadah. Kebanyakan kejadian rogol berulang kali terhadap remaja didakwa dilakukan Combs dan rakan-rakannya,” katanya pada sidang akhbar di Houston.

Katanya, mengsa mendedahkan bahawa jika ada yang enggan menurut perintah minum air yang dicampur dengan sesuatu, mereka akan dihalau daripada parti tersebut.

Screenshot 2024 10 02 133403

“Seorang kanak-kanak lelaki, yang baru berusia sembilan tahun pada masa kejadian, dibawa ke New York untuk uji bakat Bad Boy Records diasaskan Combs.”

“Dia didera secara seksual oleh Combs dan beberapa orang lain di studio selepas ibu bapa dan kanak-kanak itu dijanjikan dengan perjanjian rekod.”

Dalam pada itu, Buzbee memuji keberanian untuk tampil ke depan biarpun bimbang dengan kebarangkalian yang terjadi daripada komuniti mereka sendiri.

“Saya jangka melalui proses ini, ramai orang berkuasa (terbabit), banyak rahsia akan terbongkar. Saya harap sesiapa sahaja yang mungkin menjadi mangsa tolong tampil ke hadapan.”

Bulan lalu, P Diddy didakwa atas 3 pertuduhan jenayah yang mendakwa dia mendera wanita secara seksual dan memaksa mereka ke pesta seks yang dipengaruhi dengan dadah, serta menggunakan ancaman dan keganasan.

P Diddy bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah, dan ditahan di penjara, sementara menunggu perbicaraan.

Sumber : Harian Metro