in

“21 penumpang mati” – Protes Kerajaan Robohkan Rumah, Lelaki Balas Dendam Dengan Pandu Bas Masuk Kolam

Bas China

Seorang lelaki sengaja pandu sebuah bas masuk ke dalam kolam takungan air di China baru-baru kerana ‘sakit hati’ dan mahu membalas dendam. Menurut laporan, Zhang, 52, yang turut disahkan maut telah menyebabkan kematian 21 orang penumpang dan 15 cedera.

Pihak polis berkata, kebanyakan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan pada Selasa (14 Julai) itu merupakan pelajar yang sedang dalam perjalanan untuk menjawab peperiksaan penting.

Bas2 2

Bas5 1

Difahamkan, Zhang marah selepas kediamannya dirobohkan oleh pihak kerajaan dan sempat membuat aduan melalui panggilan telefon dengan berkata rumahnya itu tidak sepatutnya dimusnahkan sebelum dia diberikan rumah yang lain.

Menurut pihak polis, rumah itu dimusnahkan pada pagi yang sama kemalangan tersebut berlaku. Ini adalah kronologi kejadian menurut kenyataan pihak polis tempatan:

  • Zhang telah membeli arak kira-kira jam 9 pagi dan tuang ke dalam botol minuman. Dia kemudian terus ke tempat kerja
  • Zhang hubungi teman wanita dan meluahkan rasa kecewa dan marah kira-kira jam 11.39 pagi
  • Zhang memandu bas terbabit kira-kira jam 12.09 tengah hari dan meminum arak ketika bas berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang
  • Tiga minit kemdian, Zhang buat pusingan ke kiri, melintasi lima lorong dan terus pandu bas ke dalam kolam takungan air

Bas0

Bas1 1

Bas4 1

Kerana tidak berpuas hati dengan keadaan hidupnya dan projek merobohkan rumah sewa masyarakat serta untuk menimbulkan kekecohan, dia (Zhang) telah melakukan jenayah berat yang membahayakan keselamatan orang awam.”

– Polis Bandar Anshun, Guizhou

Menurut polis lagi, Zhang menyewa sebuah unit seluas 430 kaki persegi di kawasan perumahan milik kerajaan yang tersenarai dalam rancangan pembangunan semula. Zhang juga telah menandatangani perjanjian pada bulan Jun di mana dia bersetuju menerima 10,000 US Dollar (RM42,665) sebagai ganti rugi namun dilaporkan tidak menuntut wang itu.

Permohonannya untuk tinggal di perumahan awam pula telah ditolak tetapi rancangan kerajaan merobohkan bangunan kediamannya itu tetap diteruskan. Video rakaman CCTV ketika kejadian itu berlaku mula viral di media sosial China sejak beberapa hari lepas.

Laporan kes kemalangan dan kisah Zhang itu telah mendapat perhatian di internet serta menaikkan kemarahan ramai netizen. Kes ini juga telah mendedahkan bahawa ramai mangsa yang mengalami nasib sama seperti Zhang berdiam diri selama ini selepas ‘dipindahkan’ kerana pemaju yang diupah kerajaan mahu membina menara pejabat, pusat beli balah serta perumahan elit.

Baca: “Bayaq seringgit memang kena sabaq”- Wanita Kecewa Ibu OKU Dilayan ‘Teruk’ Kat Hospital Kerajaan

Feat 8

Sumber: Asia One
Sumber: Forum
Sumber: Youtube
Sumber: Asia One
Sumber: DH