in

“2 tahun kena kelentong,” – Wanita Dapat Tahu ‘Kekasih’ Sebenarnya Tak Wujud Lepas Buat Laporan Orang Hilang

2 Tahun Kena Kelentong Wanita Dapat Tahu Kekasih Sebenarnya Tak Wujud Lepas Buat Laporan Orang Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pasangan yang sudah lama bercinta, sudah pastinya ada yang memasang angan-angan mahu mendirikan rumah tangga bersama.


Seorang wanita bernama Katherine Verb ini juga begitu. Dia yang sudah dua tahun bercinta dengan seorang lelaki, dapat membayangkan dirinya berkahwin dengan kekasih hatinya itu dan mempunyai anak bersama. Walau bagaimanapun, angan-angan indah wanita ini tidak kesampaian apabila dia mendapat tahu teman lelakinya itu sebenarnya tidak wujud.

1 Map Chp 300421 Woman 24219 Woman E1619923471357

Lapor portal Mirror, Verb dipercayai mengenali teman lelakinya itu secara online. Selama dua tahun mereka menjalinkan hubungan, Verb berkata dia tidak pernah bertemu keluarga kekasihnya kerana mereka berada dalam long distance relationship.

Terang Verb lagi, dia hanya berjumpa dengan teman lelakinya itu di hotel sahaja.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah semasa dunia dilanda pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Kata Verb, teman lelakinya itu memberitahu dirinya mungkin sudah dijangkiti virus berbahaya itu.

“Dia memberitahu dia akan ke hospital kerana berasa tidak sihat. Tapi, secara ajaibnya dia terus sihat,” kata Verb.

Bagaimanapun, Verb mendedahkan hari dimana teman lelakinya itu memberitahu dirinya sudah sihat merupakan hari terakhir mereka berdua berhubung. Jadi, seperti mana pasangan kekasih lain, Verb mula panik dan menganggap sesuatu buruk sudah menimpa kekasihnya.

“Saya panik apabila dia mula tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej. Seminggu selepas itu, apabila saya cuba menghubunginya, talian akan terus masuk ke peti simpanan suara.”

Telefon semua hospital dalam kawasan

1 Map Chp 300421 Woman 24217 Woman E1619923514417

Jelas Verb, dia akhirnya membuat keputusan untuk memfailkan laporan orang hilang apabila gagal mengesan teman lelakinya itu. Difahamkan, Verb sudah menelefon kesemua hospital dalam kawasan untuk menanyakan perihal kekasihnya namun diberitahu lelaki itu tiada di situ.

Ketika itulah Verb akhirnya menemukan jawapan kepada misteri kehilangan kekasihnya. Cuma jawapan yang dijumpainya membuatkan wanita itu tergamam.

“Saya telefon polis dan melaporkan kehilangan teman lelaki. Mereka kemudiannya memberitahu saya yang kekasih saya sebenarnya tak wujud,” kata Verb.

Tambah Verb, dia berasa sangat tertipu kerana bukan sahaja lelaki itu menghilangkan diri secara tiba-tiba, malah, dia juga sudah menghabiskan masa dua tahun memperdaya Verb sehingga wanita itu sudah berangan-angan mahu bernikah dengannya.

Verb kemudiannya berkongsi pengalamannya di laman sosial TikTok. Anda boleh lihat videonya di bawah:

@kathrynverb

#stitch with @kekeyee the irony of being ghosted by someone faking their death is just *chef’s kiss* ✨perfection✨ #ghosted #selfworth #datingstories

♬ original sound – Kathryn

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Verb itu sudah mendapat lebih 630 ribu tanda suka. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ‘kekasih’ Verb itu sebenarnya sudah berkahwin. Ada juga yang berkata Verb bernasib baik kerana lelaki itu mungkin seorang penjenayah.

Sumber: Mirror, @kathrynverb

Baca: “Selama ni aku couple dengan perempuan?” – Gadis Ini Dedah Pengalaman Bercinta Dengan ‘Catfish’ Yang Sebenarnya Perempuan?

Feature Image Keli E1619921454332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.