in

“Selama ni aku couple dengan perempuan?” – Gadis Ini Dedah Pengalaman Bercinta Dengan ‘Catfish’ Yang Sebenarnya Perempuan?

Feature Image Keli E1619921454332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu masa sekolah, korang ada pengalaman bercinta tak? Alah, apa orang selalu kata tu, cinta monyet? Haa lebih kurang la.


Terbaru, tular dekat laman Twitter mengenai seorang gadis berkongsi pengalamannya telah ditipu oleh catfish selama hampir setahun bercinta.

Menurut @naaajah, akaun Twitter yang digunakan oleh catfish tersebut telah pun ditutup kerana perbuatannya itu berjaya diketahui.

Detik perkenalan mereka ini bermula dalam group whatsApp sekolah.

Tambahnya lagi, sepanjang terjalinnya hubungannya ini, mereka langsung tidak pernah berjumpa, dan penyamar itu mengakui bahawa dia seorang yang pemalu.

Katanya lagi, pasangannya itu hanya akan membuat voice note apabila kena paksa olehnya dan langsung tidak pernah video call.

Namun setelah hampir setahun bercinta, gadis ini mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan hubungannya ini kerana percaya dirinya telah di tipu.

Tapi apa yang lebih menyakitkan adalah bila dia dapat tahu bahawa individu yang menyamar jadi lelaki idamannya itu adalah seorang perempuan. Akaun Twitter dan Instagram milik penyamar itu adalah milik seorang perempuan. Biar betul?

Kj
Sumber: twitter

Namun begitu, rupa-rupanya bukannya gadis ini seorang sahaja yang pernah kena tipu dengan pemilik akaun tersebut. Ramai lagi mangsa lain yang pernah kena tipu.

Bila stalk Twitter kawan dia, nampak dia pakai tudung?

Catfish 2
Sumber: twitter

Ex aku perempuan rupanya!

Catfish 1
Sumber: twitter

Namun Najah telah menjelaskan bahawa gambar lelaki yang diletakkan dalam threadnya adalah individu yang turut menjadi mangsa kepada penipuan ini. Gambarnya telah digunakan untuk memperdaya individu lain.

Alamak, takutnya bila tengah syok bercinta rupa-rupanya bercinta dengan sama gender. Tapi bagi admin, kalau boleh sebelum bercinta tu, korang check betul-betul background pasangan korang tu, tak nak lah kena tipu.

 

Baca: “DP crush kau tu gambar aku” – Lelaki Kantoi Konon Crush Terima Cinta, Padahal…

Oh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.