in

2 Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tak Tahu Dah Positif

Hisham2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada 2 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam (30 September). Kedua-dua pesakit itu tak tahu yang mereka sebenarnya telah dijangkiti virus tersebut.



Kedua-dua lelaki tersebut yang umurnya dalam lingkungan 40 dan 70-an itu dikatakan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Menerusi kenyataan rasmi KKM, mangsa pertama (kes ke 135) merupakan lelaki berumur 46 tahun dari Kedah itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis, masalah jantung dan buah pinggang. Mangsa mula rasa gejala Covid-19 pada 21 September lepas.

Hishham

Pada 26 September, dia mula rasa susah nak bernafas dan dikejarkan ke ICU Hospital Bahiyah. Keadaannya bertambah buruk dan dia meninggal dunia pada hari yang sama kira-kira jam 6.15 pm. Keputusannya diketahui selepas kematiannya.

Mangsa kedua adalah (kes ke 136) merupakan lelaki berusia 70 tahun dari Sabah. Dia merupakan penghidap barah tahap keempat dan meninggal dunia dirumahnya sendiri pada 26 September.

Dia dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tawau, Sabah. Keputusan positif Covid-19 itu mula diketahui pada 29 September, tiga hari selepas kematiannya.

Kes ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar kematian Covid-19 kepada 136 kes.

 

Baca : “Lebih sejuta maut”- Kes Kematian Akibat Covid-19 Dunia Berada Pada Tahap ‘Paling Buruk & Menyakitkan’

Kliv

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.