in

2 Banduan Minta 20 Piza Sebagai ‘Wang Tebusan’, Rupanya Nak Beri Makan Pada Tahanan Lain

Pizza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dilihat dalam filem-filem mengenai rompakan, kadang-kadang watak penjenayah akan menjadikan orang awam sebagai tebusan untuk mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa. Malah, ada juga yang berani demand bagi kenderaan untuk larikan diri sebagai pertukaran dengan nyawa tebusan.

Perkara yang lebih kurang sama dilaporkan berlaku di sebuah penjara di Sweden pada Rabu lalu. Tapi, permintaan si penjenayah sebagai ‘wang tebusan’ agak rare. Tu belum cerita lagi pasal kenapa penjenayah minta ‘wang tebusan’ sebegitu.


3Ed75457 787B 4722 Bbd6 6Ce3Dc97Ce9C E1627094210505

Memetik laporan DailyMail, dua banduan yang dikenal pasti sebagai Isak Dewit, 30, dan Haned Mahamed Abdullahi, 24, telah mengurung diri mereka bersama dua orang pegawai penjara di dalam bilik pengawal di Penjara Hällby pada tengah hari Rabu lalu.

Difahamkan, Isak dan Haned ditahan di fasiliti terbabit atas kesalahan membunuh.

Dengan bersenjatakan pisau cukur, dua lelaki ini telah menjadikan dua pengawai penjara sebagai tebusan. Malah, mereka juga telah mematikan kamera litar tertutup (CCTV) penjara terbabit.

Lapor media tempatan, Isak dan Haned telah meminta pihak berkuasa yang mengepung penjara terbabit untuk memberikan mereka sebuah helikopter untuk melarikan diri.

867332 8873439 Pizza Sweden Updates E1627094299897

Tidak cukup dengan itu, mereka juga bersetuju akan membebaskan salah seorang tahanan jika polis memberikan 20 piza dari sebuah kedai kebab untuk diberikan pada setiap tahanan di sel blok mereka.

Walaupun kedua-dua penjenayah ini tidak mendapat helikopter untuk melarikan diri seperti yang diminta, permintaan 20 piza untuk banduan lain di sel blok penjara mereka berjaya dipenuhi pihak berkuasa.

E61I4Xqwyaevf9T E1627094348584

Dikhabarkan, selepas menerima pesanan makanan terbabit, dua pegawai penjara yang dijadikan tebusan telah dibebaskan dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut. Meskipun menerima permintaan yang agak pelik sebagai ‘wang tebusan’, jabatan penjara mengelar insiden itu sebagai satu situasi yang berbahaya.

Pun begitu, tiada laporan lanjut disiarkan mengenai nasib Isak dan Haned selepas insiden tebusan itu berakhir.

Sumber: DailyMail

Baca: “Nak kahwin lagi punya pasal” – Lelaki Ini Nekad ‘Kidnap’ Lori Bekas Majikan, Siap Minta Wang Tebusan

Takde Duit Nak Kahwin Lagi Lelaki Ini Nekad Kidnap Lori Bekas Majikan Siap Minta Wang Tebusan 1 E1627094158640

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.