in

“Nak kahwin lagi punya pasal” – Lelaki Ini Nekad ‘Kidnap’ Lori Bekas Majikan, Siap Minta Wang Tebusan

Takde Duit Nak Kahwin Lagi Lelaki Ini Nekad Kidnap Lori Bekas Majikan Siap Minta Wang Tebusan 1 E1627094158640

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap mengenai kes penculikan, selalunya mangsa adalah seorang manusia. Tetapi, di negara jiran, Indonesia, lain pula yang terjadi selepas sebuah lori dilaporkan telah ‘diculik’ dan dijadikan tebusan.


Menurut portal Kompas, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai RM, 27, ditahan pihak berkuasa tempatan selepas dia ‘menculik’ lori milik bekas majikannya.

Motif kejadian itu dikhabarkan berpunca daripada suspek yang memerlukan wang untuk berkahwin lagi. Lelaki yang berasal dari Kota Pekalongan, Jawa Tengah itu dikatakan tidak mempunyai pekerjaan.

Takde Duit Nak Kahwin Lagi Lelaki Ini Nekad Kidnap Lori Bekas Majikan Siap Minta Wang Tebusan E1612576123705

Timbalan Ketua Polis Bandar Pekalongan, Gangsar Subagyo berkata, suspek telah memanjat pagar untuk memecah masuk ke kawasan bangunan yang menempatkan lori terbabit. Dia mengugut pekerja yang menyaksikan insiden itu sebelum masuk ke garaj dan melarikan kenderaan berat berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga dilaporkan telah meminta wang tebusan bernilai 200 juta rupiah jika mahu lori berkenaan dikembalikan.

Walau bagaimanapun, belum sempat wang tebusan itu diterima, suspek telah diberkas polis hasil usaha pekerja yang berjaya menemukan tertuduh di Pasar Grosir Setono bersama dua individu lain.

Difahamkan, jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman maksimum sembilan tahun penjara.

Sumber: Kompas

Baca: Lelaki ‘Pujuk’ Isteri Buat Personal Loan RM129K Konon Untuk Bayar Hutang, Rupanya Nak Buat Belanja Kahwin Lain

Ft Personalloan E1612573890190

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.