in

149 Kes Covid-19 Dikesan Di Langkawi Sejak 16 September, ‘Gelembung Pelancongan’ Kekal Atau?

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilaporkan, sebanyak 149 kes positif Covid-19 telah dikesan melalui saringan yang dibuat di kemasukan udara dan laut di Pulau Langkawi sejak Projek Gelembung Pelancongan bermula pada 16 September lalu.


Menurut BERNAMA, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, jumlah yang direkodkan ini adalah sehingga jam 12 tengahari semalam (4 Oktober) yang melibatkan saringan terhadap 40,458 orang di mana 34,038 dari mereka menjalani saringan di tujuh lapangan terbang dan 6,420 yang lain adalah melalui tempat masuk feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

Tambahnya, seramai 36,842 orang telah menjalani ujian saringan menggunakan antigen RTK dan seramai 149 kes telah dikesan sementara 186 individu pula merupakan kontak rapat bagi 149 kes.

Kd03 16092021 Langkawi Bn202109132466 1897847 20210916181110

Mereka telah pun diasingkan dan diletakkan di bawah perintah pengawasan rumah (HSO).”

Bagi Kluster Dah Teluk Nibong yang dilaporkan di Langkawi pada 1 Oktober lalu pula, Dr Hisham mengatakan sehingga hari ini seramai 249 orang telah disaring dan 59 dari mereka didapati positif Covid-19, 187 ujian kali kedua negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan.

Kluster ini telah dikategorikan sebagai kluster tempat kerja yang melibatkan orang tempatan iaitu pekerja dan ahli keluarga mereka yang menjadi kontak rapat.”

Siasatan dalam menemui yang kluster ini bermula dari jangkitan komuniti sebelum merebak ke tempat kerja gara-gara tidak mematuhi SOP yang ditetapkan di tempat kerja dan hostel.

Pun begitu, Dr Hisham menyifatkan penularan ini adalah terkawal kerana kesemua kes di bawah kluster ini adalah di kategori satu dan dua dan kesemua pekerja ini telah pun menerima vaksinasi lengkap.

1295910

Situasi yang berlaku akibat dari gelembung pelancongan ini akan terus dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

Manakala, susulan pengumuman Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengenai lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula bulan ini, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC.

Ini khususnya bagi menjalankan penilaian risiko untuk membolehkan lebih banyak tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa.

 

Baca: Hotel Popular Di Langkawi Diarah Tutup Sementara, Lebih 50 Staf Positif Covid-19

Ft

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.