in

14 Benda Korang WAJIB Ambil Tahu Kalau Nak Balik Kampung Atau Bercuti Masa PKPP Ni

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harini secara rasminya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula. Sekatan rentas negeri telah ditamatkan dan korang dah semestinya tak sabar nak balik kampung atau pergi vacation setelah tiga bula terperuk di dalam rumah.


Tapi, sebelum korang bergerak, ini adalah beberapa perkara yang perlu korang ingat sebelum mula ber-travel semasa tempoh PKPP ini.

102445249 2652655825024273 6143821801355302842 N

Menurut Facebook Public Health Malaysia, kalau korang pilih untuk melancong, korang perlu tahu apa sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu korang galas sebelum mulakan perjalanan.

Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko.”

299E48269C8013E25A6620E9E0Af1F7B

Alat pelindung

Pastikan korang sentiasa membawa:

  • Topeng muka
  • Hand Sanitiser
  • Pelindung muka

Sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga

Peraturan penjarakan sosial masih perlu diikut:

  • Elak tempat ramai orang
  • Jarakkan diri 1 meter atau lebih dari orang lain
  • Bersabar semasa beratur
  • Jangan bersalaman, peluk cium dan sebagainya

580950

Pilih destinasi dengan bijak

Bila nak pilih destinasi, pastikan:

  • Tempat lapang yang tak ramai orang
  • Persekitaran yang membolehkan korang untuk amalkan penjarakan sosial
  • Elakkan kawasan yang perlukan korang berkumpul

Biasakan diri dengan peraturan dan risiko

Setiap kali keluar pastikan korang tahu:

  • Kawasan zon merah atau berisiko tinggi
  • Kumpulan yang berisiko tinggi
  • Kenal dan elak aktiviti yang dilarang semasa PKPP
  • Tahu macam mana cara virus tersebar dan cara kenalpasti virus

Kita jaga kita okey?

 

Baca: TERKINI : Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Untuk Bernikah

Screenshot 2020 06 10 At 4.51.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.