in

“Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja” – Penduduk Kampung di Sabah Dikompaun Waktu Keluar Beli Barang Keperluan

Ft Kompaun

Jarak kampung yang agak jauh dari pekan menyukarkan mereka untuk berulang-alik hanya semata-mata untuk membeli barang keperluan. Namun, apabila mereka keluar dengan hasrat untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom, lain pula jadinya.

Hasrat penduduk dari beberapa kampung itu tidak kesampaian apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

Kompaun4

Menurut FMT, kejadian itu berlaku pada 27 Januari lepas di mana 8 orang penduduk termasuk warga emas itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

 

Bukan kesalahan yang disengajakan 

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyatakan kesedihan mereka kerana kesalahan tersebut bukanlah disengajakan. Salah seorang penduduk, Irip Pang berkata, tujuannya mengikuti perjalanan tersebut adalah untuk membeli barang keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kurang upaya (OKU).

Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli (barang keperluan) untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah meninggal dunia, suami saya pun sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar.”

Kompaun1

Seorang lagi penduduk, Buriat Alipan berkata dia pula terpaksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit serta untuk membeli bekalan makanan.

Mereka (polis) beritahu PKP, tetapi macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya pun sakit, sampai sekarang sakit sebab itu saya terpaksa pergi ke pekan.”

Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka.”

Kompaun2

 

“Mula mula tak mahu bagi, tapi kasihan” – Pemandu bas

Pemandu bas, Ruil Taligi berkata pada mulanya dia enggan mebenarkan bas itu dinaiki 8 penumpang berkenaan kerana melebihi kapasiti asal. Namun atas rasa kasihan dan simpati dengan penduduk itu kerana mereka benar-benar perlu ke pekan.

Polis memberitahu saya yang telah lebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu ikut juga dan saya kasihan kerana mereka bukan selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan.”

Saya merayu kepada polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, kalau boleh beri amaran dulu atau saman saya seorang saja, bukannya mereka (penumpang) kerana mereka golongan susah yang hanya mahu keluar membeli barang keperluan, bagaimanapun anggota itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom).”

Kompaun3

Ketika artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari pihak berkaitan termasuklah pihak polis berhubung perkara tersebut.

Baca: “Kalau pakai mask , boleh mati tak bernafas” – Pemuda Dikompaun Polis Masa Panggang Daging Sorang-Sorang Di Dapur Restoran?

Smoke9

Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: FMT