in

123456, ‘qwerty’ & ‘password’ Merupakan Kata Laluan Yang Paling Popular di Dunia – Laporan NordPass

F3 Password

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling susah di dunia ini adalah apabila kita kena fikir kata laluan untuk Instagram supaya password kita tak mudah diteka oleh orang lain terutamanya yang berniat jahat kepada kita.

Namun, baru-baru ini, NordPass telah mengeluarkan laporan dan kajian terbaru yang mendedahkan bahawa ‘qwerty’, ‘password’ dan 123456 merupakan antara kata laluan yang sering digunakan oleh ramai individu di seluruh dunia, lapor Daily Mail.


Kata Laluan Famous 2
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, pemilihan kata laluan juga berbeza mengikut jantina dan lokasi tempat tinggal. Difahamkan, ada orang yang akan bina password mengikut pasukan dan jenama kereta kegemaran mereka.

Menurut laporan tersebut, kata laluan 123456 itu dianggarkan telah digunakan oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh pelusuk dunia.

Katanya, penggunaan nama ‘marseille’ sering dijadikan sebagai kata laluan di Perancis manakala perkataan ‘nacional’ pula terkenal sebagai password di Brazil.

Kaum Adam dikatakan lebih cenderung untuk reka kata laluan berdasarkan pasukan bola sepak kegemaran mereka manakala wanita pula lebih gemar guna perkataan yang positif seperti ‘iloveyou’ untuk password mereka.

Kata Laluan Famous 4
Gambar sekadar hiasan

Penggunaan perkataan seumpama ini boleh memudahkan hackers untuk menggodam akaun pemiliknya jika pasukan kegemaran mereka diketahui oleh rakan terdekat.

Kata laluan seperti bismillah pula menjadi pilihan mereka yang tinggal di Arab Saudi. Jadi, maklumat yang digunakan untuk mereka password seperti ini akan memberi klu kepada penggodam kerana mereka hanya perlu mengetahui jantina dan lokasi pemilik akaun tersebut.

Pakar keselamatan cyber iaitu Jake Moore berkata kepada Daily Mail bahawa laporan terbabit jelas menunjukkan bahawa masih ramai lagi yang ambil ringan terhadap keselamatan kata laluan mereka.

Boleh tengok sama ada kata laluan korang tu termasuk ataupun tak dalam senarai tersebut di laman web NordPass ini.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk lebih berhati-hati lepas ni ketika mereka kata laluan untuk media sosial dan akaun bank korang. 

Sumber: Daily Mail, NordPass

Baca: “Terlupa password, ambil masa 4 tahun”- Imbau Zaman Muda, Netizen Teruja Hana Tajima Update Tweet 

Kata Laluan Famous 1

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.