in

12 Perkara Korang PERLU TAHU Tentang Perutusan PM Sempena Hari Pekerja Tadi

Screenshot 905 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, TS Muhyiddin telah membuat perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini. Dalam pengumumannya itu, banyak isu-isu utama yang diutarakan. Mungkin korang tak dapat nak tangkap semua benda. So, jangan risau, ini adalah rumusan pengumuman PM tadi.


1. Kebanyakan perniagaan akan dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei dengan peraturan dan SOP ketat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, tapi perniagaan yang melibatkan perhimpunan beramai-ramai masih dilarang (seperti wayang, kelab malam, pusat karaoke, pusat refleksologi, taman tema, bazar, karnival dan pameran)

2. Sukan outdoor yang tak melibatkan sentuhan kontak atau pengumpulan beramai-ramai adalah dibenarkan (seperti jogging, berbasikal, badminton, lari dalam kumpulan tak melebihi 10 orang)

3. Perhimpunan sosial seperti rumah terbuka, majlis buka puasa, konsert dan majlis-majlis formal adalah dilarang.

4. Aktiviti keagaamaan seperti perarakan, Solat Jumaat dan aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan tempat beribadah lain tak dibenarkan.

5. Tak dibenarkan untuk rentas sempadan negeri kecuali untuk yang bekerja atau yang pulang ke rumah selepas terkandas di kampung. Rentas negeri untuk menyambut hari raya juga tak dibenarkan.

6. Semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih ditutup.

7. Senarai perniagaan yang dilarang untuk beroperasi boleh dirujuk pada laman web MKN dan akan terus disemak dari masa ke semasa.

8. Selain aktiviti yang dilarang, perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mengikul SOP pihak berkuasa. (Seperti membasuh tangan, penjarakan sosial, memakai topeng muka, segera laporkan informasi mengenai Covid-19 pada Kementerian Kesihatan.

9. Tak semua pekerja perlu datang pada masa yang sama untuk elakkan kesesakan dan majikan digalak sediakan waktu kerja anjal.

10. Semua yang menggunakan pengangkutan awam perlu memakai topeng muka dan membawa hand sanitizer.

11. Majikan perlu pastikan suhu badan pekerja diambil dan nasihatkan mereka untuk pulang ke rumah atau ke klinik jika suhu badan tinggi.

12. Bermula 4 Mei, pekerja sektor awam adalah dinasihatkan untuk bekerja di rumah melainkan pekerjaan mereka memerlukan mereka untuk berada di pejabat.

PM turut menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh restoran dan kedai makan jika ingin beroperasi bermula 4 Mei.

1. Meja restoran perlu disusun dengan jarak 2 meter dari satu sama lain supaya pelanggan dan pelayan boleh mengamalkan penjarakan sosial dan jarak selamat.

2. Restoran perlu meletakkan notis di setiap meja memberitahu berapa ramai yang boleh duduk di satu meja (jika meja kecil, hanya satu atau dua orang sahaja yang dibenarkan)

3. Buat garisan di lantai kaunter pembayaran bagi memastikan jarak satu meter antara pelanggan yang beratur untuk membayar.

4. Kedai makan perlu menyediakan hand sanitizer di kaunter pembayaran untuk kegunaan pelanggan. Sabun basuh tangan juga perlu disediakan.

5. Setiap kali pelanggan gunakan meja, pelayan perlu menyembur kawasan yang digunakan untuk memastikan keselamatan pelanggan seterusnya terjamin.

6. Hari pertama beroperasi, majikan perlu memeriksa suhu badan pekerja sebelum dibenarkan untuk masuk ke dalam restoran.

7. Restoran perlu mencatat nama pelanggan dan nombor telefon supaya mudah untuk jejak orang yang datang ke premis jika ada kes positif di antara pelanggan.

Baca: [TERKINI] Hampir Semua Aktiviti Perniagaan & Ekonomi Dibenar Beroperasi Berkuatkuasa 4 Mei Ini- PM

Pm Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.