Korang dah tengok tak drama Leftenan Zana? Ala yang dilakonkan oleh pelakon popular Janna Nick tu.
Actually drama ni baru sahaja bersiaran pada 8 Februari lepas dan ia diarahkan oleh pasangan sutradara terkenal iaitu Jinggo dan Sheila Rusly.
Namun baru je beberapa episod ditayangkan, dah muncul kontroversi pasal drama tersebut yang dikatakan ‘memalukan’ Angkatan Tentera Malaysia sebab……
Jalan cerita asal boleh, seragam pun asal boleh
Pemilik twitter @amaraziz09 sejak 12 Februari lalu ada menyatakan kekecewaannya terhadap drama tersebut yang dikatakan ‘asal boleh’ sahaja.
Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan mengarahkan drama tersebut perlu menjalankan research sedalam-dalamnya berkenaan angkatan tentera lebih-lebih lagi pasukan yang ditonjolkan dalam drama Leftenan Zana iaitu unit elit 10 Briged (Para).
BANYAK TAK KENA! Nak buat drama tentera, upload yang terbaik
So mesti tertanya-tanya, teruk sangat ke drama tersebut di mata pemilik twitter berkenaan?
Jawapannya yes! Sebab dia hanya bagi 1/10 je untuk drama tersebut..mak oii separuh pun tak sampai.
Rileks, korang jangan melatah cepat sangat sebab pemilik twitter ini bukan sebarangan orang yang nak cakap pasal drama tersebut.
Bukan sesuka hati dia je nak ‘sound’ drama itu sebaliknya dia merupakan anggota ATM juga..ooo patut lah dia tau apa yang patut apa yang tak.
![AMAR 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/02/AMAR-2.png)
Sebabkan rasa tanggungjawab, Kapten Amar Ab Aziz (Bersara) yang telah berkhidmat dengan ATM sejak 2003 hingga 2018 ini, merasa terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya berkenaan drama tersebut..memang patut la dia tegur pun.
Lagipun dia merupakan salah seorang anggota dalam Unit 10 Briged (Para) jugak.
Kalau nak buat cerita tentera, rujuk kepada ahlinya
Kalau korang nak tau status yang dimuatnaik Kapten Amar telah mendapat 6,000 retweet dan 3.9k likes sejak ia dimuatnaik pada 12 Februari.
Malah rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Kapten Amar itu.
Tu yang cerita merapu je…
Kalau main dengan teknikal tentera, itu bukan seni bro
Tapi untuk letakkan 100% kesalahan pada artis dan producer aku tak setuju
Tapi dalam yang menyokong tu ada juga yang ‘sound’ balik Kapten Amar sebab terlalu ‘strict’ sangat, padahal drama je pun.
Tapi korang tengok, apa jawapan ‘win’ Kapten Amar.
Kau chill la sorang2, jangan ajak aku….
Alkisahnya begitulah, tapi bagi admin apa-apa yang kita nak buat macam filem ke drama ke atau apa-apa pun perlu lah buat research, lagi-lagi melibatkan pasukan keselamatan negara.
Kedaulatan negara kena jaga jugak yer dak?
Eh dengar cerita markas tak dimaklumkan mengenai tayangan drama ni? Sebab markas masih dalam proses review setiap episod. Betul ke?.