Untuk korang yang bersukan jauh dari rumah, sebelum balik tu mesti korang nak mandi kan. Iyalah, sudah basah lencun sebab peluh, nak balik rumah mesti lah dalam keadaan selesa. Kalau dapat mandi dan wangi-wangi, balik rumah terus boleh tidur kan.
Biasanya tempat bersukan akan disediakan fasiliti seperti bilik air dan tandas untuk membersihkan diri. Lain pulak yang seorang pemain bola sepak amatur ini lakukan.
Dalam video @abgfrz korang boleh tengok seorang lelaki mandi hujan tepi padang. Yang menarik tu siap bersabun dan syampu lagi tau.
@abgfrz #football #footballislife #butcanhedoitonacoldrainynightinstoke
Artikel berkaitan: Kejohanan Bola Sepak MSSD Kecoh, Pelajar Didakwa Cuba Pukul Pengadil
Artikel berkaitan: “Sebak weh simbolik tu…” – Kelab Bola Sepak Deportivo Palestino Iring ‘Kanak-kanak’ Masuk Padang
Balik rumah dah wangi
Lain macam betul lelaki ni mandi hujan tepi padang. Min rasa mungkin nak bersembang dengan kawan, itu pasal mandi je terus dekat situ. Ataupun taknak terlepas tengok game tapi tetap nak mandi. Dua dalam satu dibuatnya.
Kannn… sampai rumah pun mesti dah wangi. Tak perlu fikir nak mandi apa lagi dah. Masuk kereta pun dah selesa tak ada melekit peluh.
Ini pun dua dalam satu gak. Sambil mandi, sambil basuh baju. Sampai rumah perah je lepas tu sidai. Memang mudah.
Jangan terkejut sebab sebenarnya barang-barang mandi memang sentiasa tersedia untuk digunakan. Lagi-lagi kalau dah memang selalu bersukan, segala sabun syampu pencuci muka semua ada.