in

Terbongkar! ‘Datuk Seri’ Disyaki Salah Seorang Ahli Kongsi Gelap Dengan 10 Rekod Jenayah

Dl12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini terbongkar identiti sebenar Datuk Seri yang telah membelasah 3 orang anggota RELA. Nicky Liow Soon Hee yang mempunyai syarikat sendiri merupakan jutawan dan telah dianugerah gelaran ‘Datuk Seri’ pada tahun 2012.


Ds4
sumber: facebook

Terbaru, setelah disiasat, Liow didapati mempunyai 10 rekod kes jenayah. Menurut World of Buzz, suspek telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 10 kes jenayah sejak tahun 2009 lagi. Kes jenayah yang membabitkan suspek adalah termasuk penggunaan dadah, menyerang dengan senjata dan kes curi.

Dl2
sumber: nst

Menurut Berita Harian, kemungkinan Liow tidak pernah didakwa bagi kes lalu kerana faktor kekurangan bukti dan maklumat untuk mengaitkan suspek dengan kes-kes jenayah itu. Waran tangkap tidak diserahkan kepada suspek juga antara kemungkinan besar suspek tidak pernah didakwa.

Lebih mengejutkan, suspek disyaki merupakan salah seorang ahli kongsi gelap di Taiwan selain pernah menghadiri majlis yang diadakan di negara itu!

Dl3
sumber: world of buzz

Bukan itu sahaja, Liow juga dilaporkan merupakan orang kanan seorang warga Cina, Zhang Jian yang telah didakwa pada Jun lalu kerana menipu ribuan orang dengan mengaut sebanyak RM356 juta.

Dl4
sumber: world of buzz

Mengenai dakwaan memiliki senjata api, Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Noor Rashid mengesahkan suspek mempunyai permit untuk membawa senjata api.

Dl6
sumber: world of buzz

Menurut NST, suspek akan didakwa mengikut seksyen 328 dan 186 Kanun Keseksaan di mana jika didapati bersalah suspek akan dikenakan maksimum 2 tahun penjara, maksimum denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah mula menjalankan siasatan mengenai kes suspek cuba untuk merasuah mangsa.

Siapa sangka seorang yang mendapat gelaran ‘Datuk Seri’ mempunyai rekod jenayah yang banyak. Diharapkan kes ini disiasat dengan telus dan suspek mendapat balasan bagi kesemua jenayah yang telah dilakukan.

Baca: 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Datuk Seri’ Belasah RELA

Dl9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.