in

Remaja Lelaki Berusia 19 Tahun Menyamar Sebagai Juruterbang Dan Cuba Raba Payudara Gadis

Sit

Kes penyamaran adalah kes yang tidak asing lagi pada zaman sekarang. Tambahan lagi apabila ada sesetengah pihak mengambil kesempatan akan penyamaran mereka dengan menipu dan mencabul orang. Menjijikkan dan sukar dipercayai bukan?

Percayalah kes sebegini kerap kali berlaku dan contoh yang sesuai boleh dilihat pada penyamaran yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki yang berasal dari Singapura.

Samar 2
sumber: nextshark

Sit, 19 tahun bertindak menyamar sebagai seorang juruterbang Singapore Airline dan penyamarannya itu terbongkar apabila dia ditahan pihak polis gara-gara mencabul kehormatan gadis berusia 15 tahun sewaktu berada di Hong Kong, lapor Nextshark.

Penyamaran Sit terbongkar apabila dia bertemu gadis berkenaan di sebuah kafe pada 10 September lalu. Sit kemudian memulakan agendanya dengan memberi alasan bahawa bateri telefon bimbitnya mati dan menyuruh gadis itu untuk menemaninya mengambil pengecas telefon miliknya di lapangan terbang.

Dek kerana begitu naif, gadis tersebut dengan pantasnya bersetuju dengan pelawaan Sit dan mereka kemudian menaiki bas menuju ke lapangan terbang. Sewaktu di dalam bas, Sit mula melempiaskan nafsunya dengan meraba payudara gadis berkenaan.

Samar 3
sumber: nextshark

Terkejut dengan tindakan Sit, gadis itu terus menjerit meminta pertolongan dan Sit serta merta menghentikan perbuatannya itu. Gadis tersebut kemudian membuat laporan polis pada 13 September atas insiden yang menimpanya.

Ekoran laporan yang dibuat, Sit kemudian ditahan oleh pihak polis dan selepas disiasat ternyata bahawa Sit selama ini adalah seorang penyamar. Polis telah menemui kad pengenalan palsu yang menyatakan bahawa dirinya adalah seorang juruterbang “First Officer” Singapore Airlines. Haih dasar penipu!

Samar
sumber: nextshark

Sit juga dipercayai telah menipu seramai 50 orang apabila berita penangkapan tersebut tular di media sosial.

Menurut Asia Times, lelaki berkenaan menggunakan status ‘pilot’ untuk menarik perhatian mangsa-mangsanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Macam itu ya modus operandi awak, Sit. Kepada orang diluar sana, mohon berhati-hati kalau nak berkenalan dengan orang. Jangan jumpa yang macam Sit sudahlah…

Baca: Wanita Menyamar Sebagai Lelaki Tipu Pasangan, Dipenjara Selepas Kantoi Palsukan Dokumen Perkahwinan

Capture 48