“Mentanglah dah masuk TV…” – Wanita Cerita Kedai Asam Pedas Melaka Caj RM120 Untuk Lunch!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pada zaman sekarang, sudah ibarat menjadi kebiasaan apabila kedai makan meletakkan harga yang tinggi untuk makanan mereka. Tambah-tambah lagi jika kedai mereka sudah mendapat pendedahan di rancangan televisyen.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk mereka mengenakan caj yang tidak masuk akal untuk makanan yang biasa-biasa sahaja. Semalam, seorang wanita telah menceritakan pengalaman makan di sebuah kedai asam pedas terkenal di Melaka dan dicaj RM120 untuk sajian makan tengah hari.

Menurut entri Sue Idris di akaun Facebook miliknya dan perkongsian dengan Lobak Merah, dia memberitahu telah mencuba makanan di kedai itu sewaktu percutian dengan rakannya ke Melaka memandang kedai makan tersebut terkenal dan disyorkan oleh Trip Advisor serta pernah muncul di dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.



Sue memberitahu bahawa asam pedas yang diambilnya tidaklah sedap seperti yang dihebahkan dan dengan harga yang mahal, dia tidak menggalakkan orang ramai untuk makan di kedai tersebut. Berikut merupakan caj yang dikenakan untuk makanan mereka:

  • 3 pinggan nasi
  • 3 cawan air
  • Asam pedas bahagian ekor 3 ketul: RM40
  • Kepala ikan bersaiz kecil dibelah dua: RM40
  • Sayur kobis sepinggan: RM23

Rakannya yang membayar makanan tersebut terkejut apabila mendapati jumlah keseluruhan makanan mereka berempat ialah sebanyak RM120. Apa yang lebih mengejutkan, harga yang dicaj untuk sayur kobis ialah RM23.

Apabila rakannya meminta penjelasan secara berhemah, pekerja kedai tersebut mengherdiknya dan memberitahu bahawa harga makanan mereka memang begitu. Tambah Sue lagi, beberapa rakan memberitahunya bahawa ramai penduduk di Melaka tidak ke kedai ini kerana harganya yang mahal dan hanya penuh dek kerana kunjungan orang luar dan pelancong yang mahu mencuba.

Harga tidak masuk akal serta pekerja kedai yang tiada santun, Sue tidak menggalakkan orang ramai ke sini bukan untuk menutup periuk nasi peniaga tersebut tetapi supaya orang ramai merancang dan bijak berbelanja sekiranya ingin pergi ke negeri bersejarah itu.

Mak aihh.. Kobis tu beli kat pasar baru berapa….



Baca: “Tak masuk akal langsung!” – Netizen Terkejut Harga Nasi Kandar Mencecah RM36!

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.