Anda Kini Boleh Langsaikan Saman Pada Kadar RM10 Sahaja Dari Februari Hingga April 2018

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pada kebiasaannya, pemilik kenderaan yang mempunyai saman akan menangguhkan bayaran mereka atas pelbagai sebab termasuklah ketiadaan masa dan kesempitan wang. Namun, pada kali ini pemilik kenderaan kini boleh menarik nafas lega kerana ada promosi hebat bakal datang pada bulan Februari ini yang akan membuat tidur malam anda lebih lena.

Hal ini adalah kerana terdapat promosi harga murah di mana kenderaan yang mempunyai saman tertunggak boleh menbayarnya pada kadar yang rendah bermula pada bulan Februari hingga April tahun ini.

Menurut WORLD OF BUZZ, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengumumkan promosi tahunan mereka di mana saman tertunggak yang dikenakan ke atas kenderaan boleh dilangsaikan pada kadar harga sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja. Wow! 



Sumber: MPSJ

Kempen yang diadakan oleh mereka merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi mengelakkan penunggang yang mempunyai tunggakan kompaun daripada dikenakan tindakan mahkamah. Kempen Bayar Kompaun Lalulintas adalah untuk semua jenis kesalahan trafik kecuali kesalahan di Bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012.

Gambar hiasan

Kaedah pembayaran bagi mendapatkan promosi tunggakan bayaran kompaun lalulintas ini boleh dilakukan di beberapa tempat seperti berikut:

  • Laman sesawang MPSJ
  • Kaunter Ibu Pejabat Dan Cawangan
  • Kaunter pandu lalu
  • Kaunter bergerak
  • Sistem MPOS

Selain itu, MPSJ juga turut mengalu-alukan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan kemusykilan mengenai Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian 03-80263153 atau 03-80263289.

Gambar hiasan

Oleh yang demikian, pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak bolehlah membayar saman mereka bermula Februari ini sehingga bulan April 2018 bagi menikmati kadar sama rata RM10 sahaja.

Apa tunggu lagi? Bolehlah check ada saman ke tidak, kalau ada tu, baik bayar cepat!



Baca: “Ekzos kuat boleh menyebabkan kemalangan ke?” – Lelaki Berang Disaman Kerana Bunyi Ekzos Kuat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.