in

5 Nasi Ayam Goreng Kunyit Terbaik di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba

Kunyit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang makanan yang simple, digoreng panas dah cukup buat kita kenyang! Yup, nasi ayam goreng kunyit.. dengar pun dah terliur! So, kali ni admin nak share Top 5 nasi ayam kunyit yang korang kena cuba di Kuala Lumpur! Yummeyhhh! 😀


 

1. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit

Sebut je nasi ayam goreng kunyit, memang Mat Rock berjaya tambat hati ramai orang. Bukan setakat ada banyak cawangan, tapi Mat Rock siap ada perkhidmatan delivery tau!

Capture

Ayam3  Ayam4

Lokasi: Mempunyai banyak cawangan. Salah satunya berhadapan dengan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat / 11AM-6PM

No Tel: 1-300-88-5800

 

2. Ayam Kunyit King

Bisnes yang diusahakan oleh bekas pelajar kulinari UiTM ini berjaya tarik perhatian orang ramai terutamanya yang bekerja di kawasan berdekatan. Ada yang nak rasa air tangan anak muda ni? Make sure datang awal kalau taknak beratur panjang. Yup, belum pukul 12 tengahari pun orang dah ramai tunggu.

King2  King4

King1

Lokasi: Lorong Changkat Perak, Jalan  P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Jumaat / 11.30AM-2PM

No Tel: 017-6665157

 

3. Ayam Goreng Kunyit Terbaik Bangsar Utama

Pemilik bisnes ini memang bijak memilih kawasan yang dikelilingi dengan bangunan pejabat. Orang ramai tidak pedulikan barisan yang panjang, mereka sanggup beratur untuk dapatkan ayam kunyit ini. Kalau nak tau, kena lah cuba rasa!

Ayamkunyit01

Ayamkunyit05

Ayamkunyit07

Ayamkunyit08
Kredit gambar: MohdZarin.com

Lokasi: 8, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat / 11AM-5PM

 

4. Azhar Station Special Nasi Ayam Goreng Kunyit

Bisnes ini sudah beroperasi sejak 2012 (atau mungkin lebih lama) lagi dan masih menjadi pilihan ramai. Mesti ada sebab kan? Kalau tak, takkan masih ramai sanggup beratur panjang (ada yang datang dari tempat lain).

Azhar1

10026293_Lbpvuubtxytvsqh0Vxnbfb8Ladpan_Bj0Bnqtwynzgw Azhar4

Lokasi: 3-5, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat / 11AM-6PM

No Tel: 019-2669544

 

5. Ayam Goreng Kunyit Meletops @ PNB Darby Park Food Court

Berbeza dengan yang lain, bisnes ayam kunyit ini dibuka di food court. TETAPI tetap ramai yang datang dan setiap hari orang sanggup beratur panjang.

Letop2Letop1  Pnb3

Lokasi: PNB Darby Park, 175, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat / 8AM-6PM

No Tel: 03 74903333

 

Tak terliur ke? Apa tunggu lagi, pergi lah serbu. Gerenti takkan menyesal. You’re welcome! 😀

P/S: SEMUA DITANGGUNG HALAL

Tumblr Ndherrbmtj1Rp1Voro2 500

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.