in

Ziana Zain, Datuk Jalaluddin & Dr Sheikh Muszaphar Hadir Ke SPRM Guna Pintu Belakang

sprm kes rasuah ziana jalal sheikh muszaphar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang selebriti iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Ziana Zain dan juga Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kehadiran mereka adalah bagi merakam keterangan untuk membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Op Sky yang membabitkan syarikat perunding kewangan.


Ketiga-tiga selebriti itu difahamkan hadir sekitar jam 9.30 pagi mengikut pintu masuk jalan belakang Ibu Pejabat SPRM.

LQjUyFvS BTV3 WORK 6

Artikel berkaitan: “No komen, Kak Gee menyanyi saja sayang” – Ziana Zain Enggan Komen Dakwaan Disiasat SPRM

Artikel berkaitan: SPRM Beku Akaun RM 1.1 Juta Milik Vivy & Fadza, 11 Beg Tangan Serta Jam Tangan Mewah Disita

Menurut Buletin TV3, hasil tinjauan di pintu pagar masuk hadapan pejabat SPRM mendapati lebih 10 pengamal media berkumpul sejak jam 9 pagi bagi membuat liputan, namun hampa apabila dilaporkan ketiga-tiga selebriti itu dibawa masuk melalui pintu pagar belakang.

Media semalam juga melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tiga individu tersebut dijangka hadir ke ibu pejabat pada jam 10 pagi.

csa

Tambahnya lagi, SPRM akan merakam keterangan mereka bagi membantu siasatan kes dan perkara ini tidak bermakna mereka dianggap sebagai suspek. Keterangan mereka diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Terdahulu dilaporkan, siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.