in

YouTuber Ini Bina Stesen Kereta Api Mini Untuk Kucing Peliharaan

bina stesen kereta api mini untuk kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang merupakan pempengaruh dan YouTuber di negara China baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai warganet dari seluruh dunia kerana telah membina stesen kereta api bawah tanah atau sistem metro bersaiz mini untuk kucing kesayangannya.

YouTuber tersebut yang dikenali sebagai Xing Zhilei sememangnya sering membina bangunan ini untuk kucing-kucingnya sebelum ini seperti pasar raya mini, pawagam, spa dan garaj kecil mengikut kesesuaian saiz si bulus peliharaannya, namun kali ini, binaannya lebih canggih apabila dia membina stesen kereta api.


Difahamkan, stesen kereta api mini untuk kucing itu bukan sahaja mempunyai kereta api dan eskalator yang bergerak, malah pintu kereta api dan pintu platform yang boleh dibuka dan ditutup, persis seperti stesen kereta api yang digunakan oleh manusia.

stesen mrt mini untuk kucing

Artikel berkaitan: Terpaksa Tinggalkan Bersendirian Di Rumah Sebab Balik Kampung, Tuan Kucing Sedih Bila ‘Check’ CCTV

Artikel berkaitan: “Cala jatuh sakit sebab tua” – Sedih, Kucing Oyen Penyanyi Lagu ‘I Go Meow’ Telah Pergi Selamanya

Dalam video yang dikongsikan menerusi saluran YouTube milik lelaki ini, dia juga boleh muat di dalam kereta api tersebut, namun hanya jika dia berada dalam keadaan baring.

Dalam video yang sama juga, dapat dilihat kucing-kucingnya telah menaiki kereta api dan keluar dari kereta api berkenaan, seperti gelagat para penumpang pengangkutan awam.

Pembinaan stesen kereta api untuk kucing itu berjaya menarik perhatian ramai yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan YouTuber itu membina sesuatu yang mirip dengan bangunan stesen di dunia nyata.

Menurut Xing, dia telah mengambil masa selama lebih kurang empat bulan untuk menyiapkan binaan stesen kereta api mini itu.

Sumber: Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.