in

“Yang single jangan tengok” – Anggota Malbatt Puluk Suami Selepas Setahun Tak Jumpa

syaz ft 2025 11 12T170344.522

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian video di TikTok oleh pengguna @ecahkato_ mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik penuh emosi seorang anggota MALBATT (Malaysia Battalion) akhirnya bertemu semula dengan suaminya selepas setahun terpisah kerana tugasan di luar negara.

Dalam video tersebut, kelihatan anggota wanita berkenaan baru tiba dan terus berlari mendapatkan suaminya sebelum mereka berdua berpelukan erat sambil menahan sebak. Suasana sekitar turut diselubungi rasa haru apabila rakan-rakan dan ahli keluarga menyaksikan pertemuan itu.


Artikel berkaitan: Baru Tiba Untuk Misi Pengaman, 6 Anggota MALBATT Cedera Dalam L*tupan Di Lubnan

Artikel berkaitan: “Saya rindu” – Ibu Arwah Fattah Harap Tiada Lagi Pelajar Jatuh Ke Dalam Lubang Kumbahan 

@ecahkato_ We survived the late calls, the worries, the time zones. Welcome back to us.. Husbaby & Wifey @Capt N 🤍 Hello Malaysia!! 🇲🇾 #malbatt85012🇲🇾🇱🇧 #fyp #malaysiatiktok #foryou #malbatt ♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE 🎹

“Kita survive panggilan lewat malam, rasa risau dan perbezaan waktu. Selamat kembali kepada ‘kita’ berdua. Husbaby & Wifey. Hello Malaysia,” tulisnya di kapsyen.

Ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa kagum terhadap kekuatan pasangan ini yang berjaya menempuh jarak dan masa demi tanggungjawab serta cinta.

cats 6

Momen pertemuan ini bukan saja menyentuh hati, tetapi turut menjadi simbol pengorbanan anggota keselamatan dan keluarga mereka yang sanggup berpisah demi menjalankan amanah menjaga keamanan negara di luar tanah air.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.