in

“Yang penting cukup rempah” – Ini Respon Padu Tunku Azizah Tentang ‘Perang Laksa’

Fi Laksa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kecoh betul di media sosial apabila ada beberapa netizen yang bergaduh tentang laksa negeri mana yang sedap.


Puncanya bermula dari komen seorang wanita ini di Facebook yang dilihat mengutuk laksa negeri lain kerana menggunakan ikan murah.

Min tak sangka betul, laksa tu boleh jadi sebab bergaduh yaa

 

“Yang penting cukup rempah”

Ternyata perkara ini turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta untuk tidak lagi bergaduh kerana hanya berlainan pendapat soal makanan.

Selain itu, baginda turut sempat berkongsikan pendapat dan citarasa baginda mengenai laksa yang digemari.

Laksa 2

“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah dan main api sehingga naik minyak.

“Laksa Pahang pun sedap. Saya gabungkan kuah laksa Johor dan Pahang! Saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spageti.

“Laksa Pahang juga sedap sangat. Tidak ditumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! saya suka laksa beras dan laksa tepung, dimasak atas kayu api… baunya sedap!”

 

Tunjuk cara buat gulungan ‘chap’

Umum mengetahui bahawa Tunku Azizah sangat mahir dalam bidang masakan tradisional serta telah menghasilkan tiga buah buku masakan.

Oleh itu, baginda turut berkongsi cara untuk membuat gulungan laksa atau sebenarnya dipanggil sebagai ‘chap’. Mesti ada yang first time dengar kan.

Foot Laksa

Baginda juga sempat bergurau dengan meminta maaf menyatakan bahawa ada orang di beberapa negeri, mempunyai kemahiran menggulung ‘chap’ tersendiri.

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spageti, tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras,

“Tapi sekarang tak ramai pandai ‘chap’… saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!” titah tuanku.

See, Permaisuri Agong pon rilek je. Korang jangan gaduh2 okay. Setiap negeri ada keunikan sendiri dan paling penting, SEDAP! hihihi

Sumber : mStar

 

Baca : Kecoh Netizen ‘Perang Laksa’ Gara-gara Seorang Kakak Claim Laksa Johor Guna Ikan ‘High Standard’? 

Laksa Punya Hal

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.