“Yang kat tembok main intai-intai pulak” – Viral Rakaman CCTV Jiran Dapat Kotak Santau, Ternampak Kelibat Makhluk Ghaib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam dunia serba moden ni, perkara syirik macam bomoh dan santau masih lagi berleluasa serta sering jadi pilihan mereka yang desperate atau dengki dengan manusia lain.

Baru-baru ni, viral di Twitter video seorang wanita terjumpa sebuah kotak yang konon dikatakan mengandungi santau di hadapan rumahnya. 

 

“Saya nampak lebih daripada itu. Korang nampak tak apa yang saya nampak. Creepy” 

Menurut empunya tweet tersebut, video itu menunjukkan jirannya terjumpa sebuah kotak santau di hadapan rumah. Walaupun nampak macam video CCTV normal, rupa-rupanya ada sesuatu yang tersirat mungkin korang boleh nampak kalau tengok video ni betul-betul. 

Cuba korang tengok dulu, lepas tu kongsi dengan admin kat ruang komen.

 

“Ada something dekat tiang batu tu, dari awal dia ada tapi bila perempuan tu masuk gate…” 

Lepas tengok video kat atas, korang rasa korang nampak apa? Para netizen yang lain mengaku dorang nampak bayang-bayang pelik dalam video tersebut. Ada yang mengaku nampak ‘si dia’ main intai-intai belakang tiang pagar.

Ada pulak yang nampak ‘asap’ pelik keluar dari kotak tu lepas mangsa tolak buka penutupnya. Halahhh halahhh! Seram pulak admin dibuatnya.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Korang nampak tak yang netizen bulat-bulat tu? Kejap dia ‘ada’, kejap lagi dia ‘hilang’. 

 

“Ada ‘lelaki’ yang hantar” 

Bagi mereka yang ada kelebihan sixth sense, korang mungkin boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Melalui tweet tersebut, ada di kalangan netizen yang mengaku dia nampak seorang ‘lelaki’ menghantar kotak tersebut di hadapan rumah mangsa. Aduh admin satu apa pun tak nampak! 

Sumber: Twitter

Apa-apapun admin nasihatkan agar kita jauhkan diri daripada terjebak dengan perkara syirik ni. Berdosa besar tau. Kesian mereka yang jadi mangsa buatan orang ni. 

Baca: “Tidur laaaa…” – Dengar Suara Hantu Suruh Tidur Masa Buat IG Live

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!