“Ya Rabb biar setan-setan ni ditelan bumi separuh badan”- Israel Tukar Masjid Bersejarah Palestin Jadi Kelab Malam

Lepas satu-satu kekejaman yang dilakukan Israel ke atas penduduk palestin. Terbaru tindakan yang dilakukan israel keatas bangunan suci umat islam mendapat kecaman hebat khususnya masyarakat beragama islam di seluruh dunia.

Israel jadikan masjid sebagai kelab malam

Ini disebabkan pihak berkuasa Israel bertindak menjadikan Masjid Al Ahmar di wilayah tersebut sebagai kelab malam..Allahu makin melampau!

Sumber : sinar harian

Memetik sinar harian, permohonan untuk menukar masjid bersejarah tersebut sebagai bar dan dewan perkahwinan itu diluluskan Majlis Perbandaran Israel di Wilayah Safed.

Malah zionis Israel ini juga bertindak menukar nama Masjid Al Ahmad yang dibina pada abad ke-13 itu kepada Khan Al Ahmar..Dah lah curi lepas tu siap tukar nama pulak

Fakta Masjid Al Ahmar

  • Dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar pada 1223-1277 sebelum Masihi.
  • Diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.
  • Mula-mula dijadikan sekolah kepada anak-anak Yahudi, kemudian jadi pusat kempen pilihan raya Parti Likud, kemudian dijadikan kedai pakaian dan akhirnya jadi kelab malam.
  • Al Ahmar dapat nama sebab ia dibina menggunakan batu warna merah.
  • Dulu dibuka untuk solat namun lepas diceroboh ia dibuka untuk semua acara kecuali solat bagi penduduk muslim.
Sumber : Google

Untuk pengetahuan korang, Safed merupakan penempatan 12,000 penduduk Palestin sebelum mereka dihalau keluar pada 1948 oleh rejim zionis Israel.

Makin melampau!

Baca : Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.