in

“Ya Allah… aku nak balik” – Terkandas di Filipina Akibat Letusan Gunung Berapi, Ruhainies Sanggup Berhabis RM15K Untuk Beli Tiket Balik

Ruhainies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak panik kalau tiba-tiba percutian indah bertukar jadi nightmare bila gunung berapi di tempat korang bercuti tiba-tiba hendak meletus?

Akibat daripada insiden tersebut, pelakon wanita terkenal, Ruhainies yang berada di Manila, Filipina terkandas di negara tersebut dan penerbangannya yang dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Januari dibatalkan.


https://www.instagram.com/p/B5t888DgxPw/

 

Berhabis RM15,000 untuk beli tiket pulang 

Menurut Harian Metro, Ruhainies memberitahu yang dia bersama kedua ibu bapanya terpaksa mencari alternatif lain untuk pulang iaitu dengan membeli tiket penerbangan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang mencecah RM15,000. Uish gilalah! 

Ruhainies 1
sumber: instagram

“Saya sepatutnya pulang ke tanah air jam 9.30 malam tadi. Namun, kerana letusan gunung berapi itu, kesemua penerbangan dibatalkan.

“Saya dimaklumkan, pihak syarikat penerbangan hanya boleh mengatur untuk pembelian tiket baru selepas seminggu.

“Disebabkan pada saat akhir, jadi harga pun mahal hingga mencecah RM15,000. Tapi, saya tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan,” katanya.

Cebu 1
sumber: instagram

 

“I feel so tired and sad ya Allah. Please ease everything…” 

Menerusi perkongsian di instastory, Ruhainies juga meluahkan rasa sedih dan penat kerana terpaksa berusaha ke sana sini untuk mencari tiket pulang ke Malaysia.

Cebu 2

Cebu 3
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, akhirnya pelakon ini bakal pulang ke tanah air dengan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan Cebu ke Taiwan dan seterusnya mengambil penerbangan lain pulang ke Malaysia. Syukurlah… 

Pulang

Cebu 4
sumber: instagram

Ruhainies yang ditanya perasaannya ketika dimaklumkan penerbangan dibatalkan akibat letusan gunung berapi berkata,

“Ketika situasi itu berlaku, semua terdiam. Mungkin kerana terlalu panik dengan berita yang dimaklumkan. Apa yang boleh saya kongsikan, ia adalah satu pengalaman yang sangat memenatkan untuk saya sekeluarga,” katanya.

Pelakon ini telah berada di Manila sejak 10 Januari lalu bagi menghadiri Anugerah Televisyen Asia ke-24 yang berlangsung di Manila tempoh hari.

Apa-apapun syukurlah Ruhainies dapat pulang ke Malaysia dan kepada yang masih ada di sana, semoga bertabah. 

Baca: “Dunia makin tenat” – Baru Januari 2020, Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni!

Dahsyat Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.