Berkat kesungguhan dan khidmat bakti terhadap keluarga Diraja Johor, 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dikurniakan sebuah Perodua Myvi setiap seorang hari ini.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri menerusi Facebook DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/1660559584110728
Dalam posting tersebut juga, baginda bertitah pengurniaan kereta ini sebagai penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada Baginda dan juga Keluarga Diraja Johor.
“Besar nilainya pada kami semua”
Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini,”
“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor.”
Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.
“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor.”
Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Larkin, Johor Bharu.
Tahniah kepada semua jururawat! Min nak apply jadi jururawat dekat HSA la lepas ni boleh tak?
Baca: Wad HSA Terbakar: Sultan Johor Perkenan Tanggung Kos Baik Pulih Sepenuhnya